KWKKR PERKASA PEMANTAUAN, PENGURUSAN SITUASI TIBI DI SABAH

SERAH: Julita (empat kanan) menyampaikan sumbangan kit kebersihan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mercy Malaysia kepada mangsa banjir di SMK Tandek semasa lawatan itu.

KOTA KINABALU: Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) sedang memantau dan mengurus situasi tuberkulosis (tibi) di negeri ini dengan rapi.

Menterinya, Datuk Julita Majungki berkata, pihaknya turut menyelaras dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan pencegahan, pengesanan dan rawatan.

Menurutnya, langkah tindak balas telah dilaksanakan dan orang ramai dinasihatkan supaya bertenang serta terus berwaspada.

Katanya, orang ramai digalakkan mengamalkan kebersihan pernafasan yang baik, memastikan pengudaraan mencukupi dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu.

Sementara itu, Julita telah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tandek dan SMK Tandek 2 di Kota Marudu pada Sabtu susulan kejadian banjir akibat hujan berterusan.

Beliau berkata, PPS beroperasi dengan baik melalui penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta kerjasama agensi yang terlibat.

Katanya, beberapa kampung termasuk Kg. Beliajung, Kg. Tandek dan Kg. Marasinsim terjejas dan pihak pasukan penyelamat telah bertindak segera memindahkan keluarga yang menjadi mangsa kepada banjir sebagai langkah berjaga-jaga.

“Keadaan cuaca dilaporkan stabil dengan paras air menunjukkan penurunan dan tiada laporan kematian atau kecederaan.

“Kementerian akan terus memantau keadaan dan memastikan bantuan serta sokongan kepada komuniti terjejas diteruskan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …