GUDANG BARANGAN RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KENINGAU

MUSNAH: Gudang penyimpanan peralatan rumah musnah terbakar dalam kejadian itu.

KENINGAU: Sebuah gudang penyimpanan peralatan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Lingkudau, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, bangunan jenis separuh kekal berkeluasan 9.29 meter persegi berkenaan dilaporkan terbakar 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.02 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah gudang penyimpanan barangan Best Buy jenis separuh kekal dan api sedang marak.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan sumber air daripada tangki jentera bomba serta bantuan Water Tanker,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.

“Setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi masih diteruskan dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

SABAH PERLU HOSPITAL TRAUMA, REHABILITASI KHUSUS

PERASMIAN: Hajiji menyempurnakan gimik penutupan Kursus First Responder Life Support (CPR) and Fitness 2026. KOTA KINABALU: Sabah memerlukan sebuah hospital …

SENI DAN TEKNOLOGI PERLU DIBANGUNKAN SECARA SEIMBANG: HAJIJI

CENDERAMATA: Isnin menerima cenderamata daripada penganjur selepas mewakili Hajiji merasmikan PASTIK 2026 di Dewan Resital UMS. KOTA KINABALU: Kemajuan teknologi …

BIMP-EAGA PERLU PERSEKITARAN PELABURAN KONDUSIF PACU INTEGRASI EKONOMI

HADIR: Ewon (lima kanan) bersama delegasi Malaysia ketika menghadiri Forum Ketua Menteri, Gabenor dan Kerajaan Tempatan BIMP-EAGA (CMFLF). KOTA KINABALU: …