RAMPAS: Antara rokok seludup yang ditemukan dalam operasi berkenaan.
SEMPORNA: Tindakan licik menyeludup rokok dengan menyembunyikannya di dalam sebuah kenderaan terbongkar apabila pasukan keselamatan merampas rokok seludup bernilai lebih RM95,000 dalam satu operasi di sini, Sabtu lalu.
Dalam Operasi Intra/Inter Agensi (Op Taring Alpha 1), pasukan risikan Task Force Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menahan sebuah kereta bersama seorang pemandu lelaki di hadapan pondok bas.
Menurut kenyataan Batalion 22 PGA Kunak yang dimuat naik di Facebook semalam, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan kotak serta bungkusan rokok pelbagai jenama disimpan padat di dalam bonet dan tempat duduk penumpang belakang.
“Pegawai risikan tujuan pemeriksaan sebelum menemukan rokok seludup berkenaan yang dipercayai disusun rapi bagi mengaburi pandangan serta memaksimumkan muatan.
“Susulan penemuan berkenaan, suspek bersama barang rampasan ditahan sebelum diserahkan kepada Cawangan Jenayah IPD Semporna bagi siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM95,320 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
“Risikan akan diteruskan bagi mengesan rangkaian serta individu lain yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan rokok di daerah ini,” katanya.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



