PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA TERIMA PENGIKTARAFAN ANTARABANGSA

Ayer Keroh – Pusat perubatan Putra Specialist Hospital Melaka mengukir kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan The BrandLaureate The World’s Best Brand Awards 2025–2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan kepakaran bertaraf antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital Melaka Mohd Zahiruddin Ahmad berkata, anugerah diterima bagi kategori ‘Advanced Specialty Care’ itu merupakan satu pencapaian penting yang selaras usaha berterusan memperkukuhkan kecemerlangan perkhidmatan perubatan.

Mohd Zahiruddin berkata, perkhidmatan perubatan disediakan bukan sahaja di Melaka tetapi merangkumi Wilayah Selatan Malaysia termasuk Kepulauan Riau, Indonesia.

“Penganugerahan itu mencerminkan komitmen pusat perubatan itu dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif, berteknologi tinggi dan berfokuskan kepakaran.

“Ini selaras dengan piawaian antarabangsa termasuk keperluan pesakit yang semakin berkembang pada masa sekarang,” katanya menerusi kenyataan kepada media.

Terdahulu anugerah itu diterima beliau dalam majlis penganugerahan rasmi yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Menurut Mohd Zahiruddin, anugerah berprestij diterima itu secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelan pembangunan strategik Putra Specialist Hospital Melaka (PUTRA 2).

“Ini secara tidak langsung memperkukuhkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap keupayaan PSH dalam menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, selamat serta berteraskan kecemerlangan klinikal.

“Kami juga kekal komited untuk terus melangkah ke hadapan sebagai peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus, demi kesejahteraan komuniti dan pembangunan sistem kesihatan serantau,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …