PEMBINAAN PUSAT PROSES HASIL PERTANIAN FASA 2 MULA PERTENGAHAN TAHUN INI

LAWATAN: Jamawi (tiga kanan) melihat mesin membersihkan buah sambil mendengar penerangan daripada Andree semasa lawatan itu.

TENOM: Projek fasa 2 pembinaan Pusat Pemprosesan Hasil Pertanian menjadi satu lagi usaha kerajaan negeri dalam membantu memasarkan hasil tanaman golongan pekebun dan petani khususnya di daerah ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, pusat berkenaan akan memproses buah dan hasil pertanian yang kurang kualiti luaran menjadi makanan kering atau produk pertanian bernilai tambah.

Menurutnya, ia juga berperanan untuk mengurus lebihan hasil pertanian bagi memastikan tiada pembaziran berlaku.

Katanya, perancangan bagi projek fasa 2 itu akan dibina di sebelah bangunan sedia ada bermula pertengahan tahun ini.

Dalam pada itu, Jamawi turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek itu.

Terdahulu beliau melawat Pusat Pengumpulan dan Pembelian Hasil Pertanian (APCC) Tenom yang diuruskan oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di sini semalam.

Lawatan berkenaan bertujuan meninjau perkembangan projek fasa 1 yang kini siap 85 peratus dan akan memudahkan pekebun dan petani di Tenom, Kemabong, dan Melalap memasarkan hasil kebun mereka.

Beliau diberikan taklimat oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) APCC, Andree Funk mengenai operasi dan kemajuan projek semasa.

Sementara itu, Jamawi mengalu-alukan input daripada pemain industri tempatan, termasuk Persatuan Penanam Buah-buahan Tropika, mengenai mesin dan peralatan yang diperlukan bagi kegunaan bersama.

“Kita akan bekerjasama dengan semua agensi bagi memastikan sekurang-kurangnya ada satu pusat pengumpulan di setiap kawasan Parlimen untuk kemudahan masyarakat luar bandar.

“Di bawah KPD, terdapat 14 pusat pengumpulan, manakala Jabatan Pertanian pula mengurus lebih 10 pusat pengumpulan lain di negeri ini,” jelasnya.

Dalam program berasingan, Jamawi turut menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Daerah Tenom dan diberi penerangan oleh Pegawai Pertanian Kanan Pejabat Pertanian Tenom, Mohammad Fauzi Abdul Gulam.

Turut hadir, Ketua Daerah Melalap, OKK Tusib Tulas; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Melalap, Denesly Justin; dan Presiden Persatuan Penanam Buah-buahan Tropika Tenom, Gerald Baxter.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …