90 PERATUS SELESA BERURUSAN DENGAN MPHTJ SECARA ‘ONLINE’

Ayer Keroh – Hampir 90 peratus penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) kini memilih untuk membuat pembayaran bil secara digital menggunakan Kios Bayaran MPHTJ atau aplikasi dalam talian.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, inisiatif ini mendapat sambutan hangat kerana memudahkan penduduk membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Majoriti penduduk dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya kini lebih selesa menggunakan kaedah digital berbanding datang ke pejabat.

“Mereka boleh membayar bil dengan mudah dan pantas dari rumah melalui aplikasi seperti MPHTJ Pay, PBT Pay dan Melaka Pay,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ dan Amanat Tahun 2026 di Kompleks Melaka Mall yang disempurnakan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin, 15 Januari lalu.

Menurut Sapiah, hanya sekitar 10 peratus penduduk, terutama warga emas, masih kurang arif dengan teknologi digital.

“Kaunter tetap dibuka untuk pembayaran tunai bagi memastikan tiada sesiapa tercicir daripada kemudahan ini,” katanya.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …