Bemban – Sebutir bom jenis aerial bomb seberat 227 kilogram masih aktif ditemui di tapak projek perindustrian Kampung Air Panas Bemban, kira-kira jam 3 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin, Lee Robert, memaklumkan bom tersebut ditemui pekerja projek berkenaan dan akan dimusnahkan pagi ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menjamin keselamatan orang awam.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)



