BENCANA BANJIR BEAUFORT DIISYTIHARKAN TAMAT

TUTUP: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mangsa banjir mengemas peralatan di Dewan Selagon Beaufort yang ditutup pada jam 3 petang hari ini.

BEAUFORT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang menempatkan seramai 366 mangsa dari 138 keluarga ditutup secara rasmi pada jam 3 petang hari ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Dewan Selagon dibuka sejak 2 Januari lepas jam 5 petang manakala, Dewan Sri Dayang Shahbandar Pada Damit dibuka sejak  6 Januari pada jam 2 petang.

Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun turut mengisytiharkan penamatan bencana bagi daerah Beaufort pada jam 3 petang tadi.

Katanya, pengisytiharan penamatan itu berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD dan kejadian bencana pulih sepenuhnya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …