BOT LAMPU GUNA LESEN TAMAT TEMPOH DITAHAN MARITIM MALAYSIA

PERIKSA: Anggota Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan ke atas bot berkenaan.

LAHAD DATU: Cubaan sebuah bot lampu beroperasi secara tidak sah di perairan Tabawan gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu rondaan, semalam.

Bot berkenaan ditahan kira-kira jam 4.15 petang pada kedudukan 0.6 batu nautika tenggara Pulau Katung ketika anggota bot ronda Maritim Malaysia menjalankan Op PLUTO TIMUR 2/2023 dan Op TIRIS 3.0 di bawah Zon Maritim Lahad Datu.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata pemeriksaan awal mendapati bot itu dikendalikan dua kru warga Filipina berusia 44 dan 49 tahun yang memiliki dokumen pengenalan diri sah.

“Bagaimanapun, kedua-dua kru terbabit gagal mengemukakan lesen operasi yang masih berkuat kuasa ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati bot lampu berkenaan menggunakan lesen yang telah tamat tempoh, sekali gus melanggar peruntukan di bawah Akta Perikanan 1985.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pengusaha bot nelayan yang ingkar undang-undang dan terus menjalankan aktiviti secara haram di perairan negara.

“Susulan penahanan itu, bot bersama kru terbabit dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan serta tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan di laut diminta menyalurkannya melalui WhatsApp Maritim Malaysia di talian 016-9305727 atau menghubungi talian kecemasan 999,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …