LELAKI HILANG TRAGEDI BOT BERTEMBUNG DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Mayat mangsa yang ditemukan lemas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang di perairan Seafest di sini berakhir apabila mangsa ditemukan lemas pagi tadi, selepas tiga hari operasi dijalankan.

Mangsa berusia 24 tahun itu ditemukan orang awam pada jam 8.37 pagi sebelum maklumat itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Mohd Akhimullah Adan berkata, operasi SAR hari ketiga bermula jam 6.30 pagi dengan radius pencarian diperluaskan menggunakan aset sedia ada termasuk bot penyelamat.

“Pada jam 8.37 pagi, pihak bomba menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bahawa mangsa ditemukan oleh orang awam.

“Pasukan SAR kemudian bergerak ke lokasi pada jam 8.45 pagi sebelum membawa mangsa ke Jeti Marin dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.44 pagi.

Terdahulu, Rosman dilaporkan hilang selepas berlaku perlanggaran dua bot penumpang di perairan Seafest pada kira-kira jam 8 pagi, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, tujuh individu terbabit dengan enam mangsa lain dilaporkan selamat.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …