AMARAN KESELAMATAN PENJUALAN & PENYEWAAN KAD ATM
⚠️ NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI
📌 Orang ramai DIINGATKAN AGAR BERWASPADA terhadap sebarang tawaran:
🏧 Penjualan kad ATM
🔄 Penyewaan akaun bank
💰 Kononnya untuk pelaburan, pinjaman segera atau urusan perniagaan
❌ JANGAN SERAHKAN:
- Kad ATM
- Nombor PIN
- Maklumat perbankan
kepada mana-mana pihak
🚫 RISIKO & PENYALAHGUNAAN
🔍 Kad ATM yang diserahkan boleh digunakan untuk:
🕵️♂️ Penipuan kewangan
💸 Pengubahan wang haram
🌐 Jenayah komersil & siber
⚠️ Pemilik akaun juga boleh dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang
Jadilah pengguna yang bijak dan jangan mudah terpedaya dengan sindiket penipuan, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana bersubahat melakukan penipuan.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM



