MANGSA HANYUT DIBAWA ARUS BANJIR DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI TAWAU

MAUT: Mangsa ditemukan pada jam 7.15 pagi oleh seorang pekerja ladang kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.

TAWAU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dihanyutkan arus banjir dalam kejadian membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah motosikal di Kampung Sungai Udin, di sini, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.34 malam itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 berhubung insiden mangsa dihanyutkan arus banjir di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)  Tawau Jemishin Ujin berkata, berdasarkan menurut maklumat awal, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa dua buah motosikal cuba meredah jalan raya yang dinaiki air sebelum dihanyutkan arus deras banjir.

“Pasukan Bomba dari BBP Tawau digerakkan ke lokasi kejadian dengan jarak perjalanan kira-kira 45 kilometer dan tiba pada jam 10.47 malam.

“Seramai empat mangsa terlibat dalam kejadian itu, terdiri daripada dua lelaki yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda serta dua penunggang motosikal yang menumpang di bahagian belakang kenderaan berkenaan,” katanya.

Katanya, tiga mangsa berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat, manakala seorang lagi mangsa dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus.

“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan kaedah pencarian permukaan di sepanjang tebing sungai dengan radius satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

“Operasi SAR melibatkan lapan anggota BBP Tawau, dibantu Pasukan Bomba Sukarela Merotai seramai tiga anggota dan Pasukan Bomba Sukarela Umas seramai enam anggota.

“Turut terlibat dalam operasi ialah agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Katanya, mangsa yang hilang akhirnya ditemukan pada jam 7.15 pagi oleh seorang pekerja ladang kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.

“Mangsa berusia lingkungan 30-an itu dibawa keluar menggunakan pengusung oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan keadaan selamat dan tiada ancaman lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.44 pagi,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak cuba meredah laluan dinaiki air terutama ketika hujan lebat berterusan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …