TOKAN DADAH DITAHAN, POLIS RAMPAS 30 PEKET DADAH

Ayer Limau – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan polis dalam satu serbuan di Jalan Baharu Ayer Limau–Jeram, Masjid Tanah, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.20 petang oleh sepasukan anggota Balai Polis Masjid Tanah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah ketika menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas suspek dan motosikal berkenaan menemukan 23 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 31.26 gram serta tujuh paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 5.47 gram.

“Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM1,383.70 dan dipercayai untuk pasaran tempatan yang boleh digunakan seramai 73 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad berkata, siasatan awal mendapati sindiket tersebut dipercayai aktif sejak Oktober 2025, manakala semakan rekod lampau pula mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah sejak tahun 2016 di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak itu kini tidak bekerja, namun sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu lori.
“Siasatan juga mendapati kes ini merupakan kali pertama suspek terlibat sebagai tokan dadah,” katanya.

Tambahnya, saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine dan telah ditahan reman selama enam hari bermula 5 hingga 10 Januari 2026 bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 15 sebatan jika sabit kesalahan.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rangkaian sindiket yang dipercayai masih bebas,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …