KES REMAJA PEREMPUAN HILANG DI SEPANGGAR SELESAI, POLIS SAHKAN TIADA UNSUR JENAYAH

KASIM

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan kes melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah di Kampung Sri Kenangan, Sepanggar pada 3 Januari berjaya diselesaikan sepenuhnya tanpa sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, laporan kehilangan remaja itu diterima kira-kira jam 9.02 malam pada hari sama selepas pengadu memaklumkan anak perempuannya keluar rumah sekitar jam 5.30 petang untuk membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit berhampiran, namun tidak pulang sehingga lewat malam.

“Sebaik laporan diterima, pihak polis bertindak menjalankan siasatan segera termasuk mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga terdekat serta usaha menghubungi remaja berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati remaja berkenaan mengikut rakannya keluar ke luar daerah dan siasatan mengesahkan tiada unsur jenayah culik atau sebarang salah laku jenayah lain seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, remaja itu sudah selamat pulang ke rumah dan kejadian berkenaan direkodkan di bawah satu laporan polis berasingan bagi tujuan dokumentasi.

Dalam pada itu, Kasim menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang awam juga digalakkan menyalurkan maklumat yang tepat dan berfakta kepada pihak berkuasa sekiranya melibatkan isu keselamatan awam,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …