DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Seberang Perai menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bukit Mertajam. Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan persekitaran hospital serta memperkukuh kerjasama strategik bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Fokus utama adalah penambahbaikan infrastruktur, kebersihan dan kesejahteraan persekitaran hospital.
Antara isu yang dibangkitkan ialah keadaan jalan dan laluan akses hospital, pencahayaan lampu jalan, keselamatan trafik serta pengurusan tempat letak kereta bagi menjamin keselamatan pesakit, pelawat dan ambulans. Aspek kebersihan dan landskap turut diberi perhatian melalui penyelenggaraan berkala, pengurusan sisa pepejal serta penambahbaikan kawasan hijau.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg



