SENTIASA HUBUNGI JAWATANKUASA BENCANA: ARIFIN

MENJELASKAN: Arifin semasa ditemui media pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Penduduk dinasihatkan sentiasa berhubung dengan jawatankuasa bencana atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sekiranya menjadi mangsa banjir.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan selamat.

Beliau berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan pegawai daerah telah bersiapsiaga dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Komuniti Kampung (JKKK), ketua-ketua adat, serta pemimpin-pemimpin setempat.

“Ya, kita sudah bersedia. Jawatankuasa juga yang dipengerusikan oleh pegawai daerah sudah bersedia dengan JKKK, ketua-ketua adat, dan pemimpin-pemimpin setempat seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Haul Ke-31 Tahun Allahyarham Tun Mustapha Harun di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut mengingatkan penduduk di kawasan yang sering terjejas banjir seperti di Kampung Baitam, Jambatan Baru, Lempijas dan sekitarnya, agar sentiasa berhubung dengan jawatankuasa bencana atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Selain itu, pusat pemindahan sementara turut disediakan di Membakut termasuk Beaufort bagi menampung penduduk yang terjejas.

“Semua kawasan yang biasanya terlibat dengan banjir perlu bersedia dan berhubung dengan jawatankuasa kita. Kita juga sedia dengan pusat pemindahan sementara di Membakut dan mungkin di sebelah Beaufort,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …