KETUA MENTERI PUJI KECEKAPAN SUKARELAWAN PARAKOM

Banda Hilir – Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) terbukti berkesan dalam menyediakan perkhidmatan tindak balas segera melibatkan kes kecemasan khusus di lokasi tumpuan pelancong, kata  Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Malah Ketua Menteri memuji PARAKOM apabila beliau menyaksikan sendiri kecekapan sukarelawan yang  memberikan rawatan kepada seorang pelancong ketika Program Melaka Bila Larut Malam 3.0, semalam.

Katanya, insiden itu melibatkan seorang pelancong yang tiba-tiba rebah di kawasan Hard Rock Cafe (HRC), Banda Hilir.

“Pasukan PARAKOM yang berada di lokasi bertindak pantas memberikan bantuan kecemasan awal sebelum mangsa diberikan rawatan lanjut, sekali gus berjaya menyelamatkan nyawa pelancong terbabit.

“Kecekapan dan profesionalisme ditunjukkan PARAKOM meningkatkan keyakinan pelancong terhadap Melaka sebagai destinasi pelancongan yang mengutamakan aspek keselamatan dan kesejahteraan pengunjung,” katanya menerusi hantaran di facebook rasminya.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata dedikasi petugas PARAKOM turut mencerminkan keupayaan Melaka menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan komuniti yang cekap dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Penubuhan PARAKOM dilihat sebagai satu inisiatif strategik Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sistem keselamatan awam serta kebajikan rakyat, selaras dengan aspirasi Melaka yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …