DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited mendekati masyarakat dan kali ini menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan strategik yang lain melalui perkongsian ilmu berkaitan keselamatan jalan raya. Pihak UKJR kali ini telah menerima jemputan daripada Canon Electronics (Malaysia) Sdn Bhd, Pulau Pinang untuk berkongsi ilmu mengenai :-
Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
+ Kepentingan merancang perjalanan.
+ Kepentingan pemeriksaan dan penyelenggaraan motosikal sebelum memulakan perjalanan (T-CLOCK)
+ Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
+ Pemakaian Selamat dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
+ Mengenal pasti zon titik buta kenderaan dan kaedah memotong dengan selamat.
+ Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



