LEBIH 12,000 RAKYAT MELAKA GUNA ‘MOBILE ECOSS’ BELI MINYAK MASAK PEKET

Paya Rumput – Penggunaan aplikasi mobile Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) menunjukkan peningkatan ketara dengan merekodkan seramai 12,722 pengguna berdaftar bagi aplikasi itu di negeri ini.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, data itu direkodkan dalam tempoh tiga bulan bermula dengan 1,608 pengguna pada Ogos 2025, sebelum melonjak kepada 5,200 pengguna pada September dan 5,914 pengguna pada Oktober.

“Peningkatan ini membuktikan keberkesanan mobile eCOSS sebagai platform memudah cara pembelian minyak masak bersubsidi selain memastikan ketelusan dalam pengurusan subsidi.

“Melalui aplikasi mobile eCOSS, peruncit perlu merekod data penjualan minyak masak bersubsidi manakala pengguna pula mengesahkan pembelian mereka, pendaftaran dibuat sekali saja melalui pengesahan e-KYC,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ekspedisi Dua Roda Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dan Pelaksanaan Aplikasi Mobile eCOSS di sebuah pasar raya, di sini, 15 November lalu.

Hadir sama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka Dr. Mohd Hazimin Jamaludin.

Mengulas lanjut, Allex menyuarakan keyakinan penggunaan mobile eCOSS mampu mengurangkan ketirisan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi serta memastikan manfaat subsidi disalurkan tepat kepada golongan sasar.

“Sistem eCOSS merupakan platform rasmi merekod dan mengurus pembelian minyak masak bersubsidi bagi seluruh rantaian pengedaran, manakala mobile eCOSS ialah versi mudah alih untuk pengguna telefon pintar,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …