13,000 POKOK ‘HIJAUKAN’ KAWASAN TADAHAN AIR MELAKA

Asahan – Usaha memulihkan ekosistem kawasan tadahan air terus diperkasa apabila lebih 13,000 pokok hutan asli ditanam di Empangan Jus dan Durian Tunggal sejak tahun 2021 dalam inisiatif restorasi yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi mengembalikan fungsi hutan semula jadi.

Pengarah Badan Kawal Selia Air (BKSA) Azizul Adzran Mahmor berkata, mengikut pecahan, lebih 8,700 pokok telah di tanam sejak tahun 2021 di Empangan Durian Tunggal manakala hampir 5,000 pokok lagi dalam proses penanaman, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 13,000 pokok.

Katanya, baki pokok-pokok itu akan ditanam menerusi Program Penanaman Pokok Hutan Restorasi Empangan Jus Fasa 2.

“Program ini turut melibatkan usaha menggantikan tanaman sawit yang sebelum ini dibenarkan di kawasan empangan. Ia memandangkan pokok sawit menggunakan air sangat tinggi iaitu kira-kira 50 gelen sehari bagi setiap pokok, memang sangat tidak sesuai.

“Jadi kawasan penanaman baki 5,000 pokok lagi kita akan tanam di kawasan sawit yang dibersihkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penanaman Pokok Hutan Restorasi Empangan Jus Fasa 2 yang dirasmikan Pengawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh di Empangan Jus, di sini, hari ini.

Hadir sama, Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Khairul Azreem Mamat serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Azizul Adzran menegaskan, pihaknya tidak mengamalkan kaedah ‘tanam dan tinggal’, sebaliknya pokok-pokok yang ditanam dijaga oleh Sahabat Mesra Alam Rimba Terpelihara (SMART) dan Global Environment Centre (GEC).

“Pasukan SMART ini akan menjaga pokok-pokok yang ditanam bagi memastikan kadar hidup yang tinggi.

“Selain itu, penanaman pokok-pokok hutan juga di kawasan Durian Tunggal dan telah menunjukkan kesan positif apabila haiwan liar seperti burung, babi hutan dan kancil telah kembali ke habitat itu,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …