APM LAKSANA LATIHAN BERKALA, HADAPI MTL

Bandaraya Melaka – Latihan berkala dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut (MTL) yang dijangka bermula awal bulan ini.

Pengarah APM Negeri Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, latihan dilaksanakan juga bertujuan untuk mempertingkat dan mengasah kemahiran setiap pegawai serta anggota agensi penyelamat itu.

“Setiap daerah sudah melaksanakan latihan, usaha ini bermula awal tahun hingga Oktober kerana kami memandang serius aspek kemahiran dan kecekapan warga APM dalam menghadapi sebarang situasi cemas atau melaksanakan operasi melibatkan bencana.

“Antara yang diberikan penekanan adalah kemahiran pengendalian bot dan enjin, pengendalian peralatan operasi dan pertolongan cemas.

“Bagi memberikan gambaran operasi sebenar kami turut melaksanakan simulasi peringkat dalaman dan bersama agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka yang berlangsung di Ayer Limau, Masjid Tanah, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Media Bersama Media Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Tahun 2025 disebuah hotel, di Jalan Bunga Raya, semalam.

Menurut Kamarulsyah, menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Azhar Arshad, baru-baru ini juga turut meminta semua agensi berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi MTL.

“Malah turut diberi perhatian adalah untuk memastikan semua kelengkapan logistik dan aset berada dalam keadaan siap serta boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Selain itu, Pengerusi JBPN turut meminta semua PPS (Pusat Pemindahan Sementara) berada dalam keadaan baik dan diselenggara ini supaya premis berkenaan boleh digunakan sekiranya terdapat pemindahan semasa MTL,” katanya.

Jelasnya, seperti tahun sebelumnya, kesiapsiagaan agensi-agensi di bawah JPBN Melaka sentiasa dipertingkatkan dan berada ditahap optimum.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …