SEMINAR HANG TUAH BENTANG DAPATAN BAHARU SEJARAH MELAKA

Duyong – Seminar Hang Tuah dilihat sebagai langkah penting dalam usaha Kerajaan Negeri menguruskan semula sejarah dan mencari dapatan baharu bagi membuktikan Melaka pernah menjadi pusat tamadun besar suatu ketika dahulu.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, program itu selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri untuk memperkukuh penyelidikan sejarah serta warisan tempatan agar generasi muda menghargai perjuangan tokoh terdahulu.

“Pelbagai profesor dengan latar belakang berbeza membentangkan hasil kajian mereka, termasuk penyelidikan dijalankan sejak tahun 1970-an mengenai struktur pemerintahan Kesultanan Melaka serta peranan tokoh Hang Tuah lima bersaudara dalam pentadbiran ketika itu.

“Usaha ini bukan sekadar mengangkat Hang Tuah sebagai tokoh legenda, tetapi sebagai figura penting dalam pentadbiran dan pembentukan identiti bangsa.

“Ia diharap dapat memberi semangat kepada generasi muda untuk meneladani nilai kepahlawanan dan kesetiaan beliau,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas merasmikan seminar berkenaan di Auditorium Hang Tuah Centre, Perkampungan Hang Tuah di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP), Prof Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah; Pengurus Besar Institut Seni Warisan Melaka (INSWA), Drs. Mohd Nasaruddin Rahman dan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Dr. Muhammad Salleh.

Terdahulu dalam ucapannya, Zaidi turut menyarankan agar para penyelidik menjalin kerjasama dengan pihak gereja bagi menelusuri dokumen penjajahan yang mungkin mengandungi maklumat penting mengenai sejarah Melaka.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …