TERENGGANU: PERKASA SEGMEN PELANCONGAN SUKAN

Kerajaan Negeri Terengganu memberi tumpuan memperkasa segmen pelancongan berteraskan sukan lasak dan rekreasi dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke negeri itu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, Terengganu memiliki pelbagai lokasi berpotensi yang sesuai untuk penganjuran acara sukan lasak bertaraf tinggi.

Pelancongan sukan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Terengganu. Contohnya, penganjuran sukan lasak kenderaan pacuan empat roda (4×4) ini mempunyai prestij tersendiri dan boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi,

Tambahan lagi, acara berasaskan pelancongan sukan bukan sahaja berupaya menarik penyertaan peserta tempatan, malah mampu memperluas promosi Terengganu ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan pelancong luar yang berminat dengan aktiviti ekstrem dan rekreasi.

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …