Golongan penternak di Terengganu berharap Belanjawan 2026 memberi tumpuan terhadap peningkatan kos makanan ternakan, keperluan infrastruktur dan isu kelulusan merancang yang dilihat semakin membebankan pengusaha kecil dan sederhana.
Diharapkan dapat memperkenalkan subsidi bersasar, skim geran padanan serta bantuan teknologi bagi memperkukuh daya saing industri ternakan ayam, kambing dan lembu yang menjadi antara penyumbang utama sekuriti makanan negara.
Pengurus Ladang Ayam Ajil, Mohd Zul Fahmi Long, 35, berkata, kos pengeluaran bagi penternak ayam kini meningkat akibat harga makanan ternakan, elektrik, ubat-ubatan dan vaksin yang semakin meningkat.
Perkara ini penting bagi memastikan harga ayam,lembu,kambing dan telur di pasaran kekal stabil dan mampu dibeli dan digunakan rakyat.
Disamping itu kerajaan juga perlu memperkukuh kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar seperti jalan ladang, bekalan elektrik stabil dan sumber air bersih bagi membantu mengurangkan kos operasi penternak di samping menyalurkan bantuan subsidi kecil kepada penternak kampung.
Sumber: Sinar Harian



