EMPAT ANAK MELAKA JULANG ENAM EMAS MUAY THAI DUNIA

Ayer Keroh – Empat anak jati Melaka mengharumkan nama negara apabila membawa pulang enam pingat emas pada Kejohanan Dunia Belia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muaythai (IFMA) 2025 berlangsung di Space 42 Arena, Al Raha Beach, Abu Dhabi, pada 10 hingga 22 September lalu.

Ketua Jurulatih Muay Thai Negeri Melaka, Emrita Alias berkata kejohanan IFMA itu menghimpunkan lebih 2,000 atlet mewakili lebih 100 negara, sekali gus menjadikannya antara kejohanan belia Muay Thai terbesar dunia.

“Empat altet yang berjaya meraih emas adalah Wan Muhammad Iffat Hamdani Wan Mohd Fauzi, 13, membawa pulang dua pingat bagi kategori Combat dan Talay; Nik Haikal Nik Azman,12, turut membawa pulang dua pingat bagi kategori sama dengan berat berbeza.

                                    EMRISYA dan Iswan Danish masing-masing berjaya merangkul emas                                       bagi kategori Muay Talay di IFMA, Abu Dhabi

“Manakala dua lagi atlet yang meraih pingat menerusi kategori Muay Talay adalah, Iswan Danish Iswandy, 16, dan Emrisya Emrita, 15.

“Kejayaan ini, sekali gus mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila atlet-atlet muda menampilkan aksi cemerlang menewaskan lawan masing-masing dalam kategori yang disertai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Emrita yang mengiringi atlet ke Abu Dhabi berkata kejayaan atlet muda Melaka adalah bukti kesungguhan dan komitmen tinggi mereka dalam sukan Muay Thai, selain sokongan padu daripada keluarga dan komuniti setempat.

“Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Melaka malah turut menjadi inpirasi kepada atlet belia lain untuk terus menyerlah di pentas dunia,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …