Ayer Keroh – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menubuhkan pasukan khas dikenali sebagai ‘MPHTJ Zero Arrears Team’ (M-ZAT) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dalam kawasan pentadbirannya berhubung tanggungjawab melunaskan tunggakan cukai taksiran.
“Jumlah tunggakan cukai taksiran harta bagi tempoh 2010 hingga 2024 melibatkan 13,784 pegangan dengan nilai keseluruhan RM19 juta. Atas faktor itu, M-ZAT ditubuhkan bagi memberi tumpuan khusus dalam menangani isu berkenaan.
“M-ZAT melibatkan 21 anggota yang terdiri daripada ahli majlis, pegawai dan kakitangan pelbagai jabatan MPHTJ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya, setiap anggota diberikan senarai pemilik yang mempunyai tunggakan untuk dihubungi dan membuat kutipan secara berfokus.
“Pasukan ini juga akan bergerak selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu. MPHTJ turut memberi pertimbangan bayaran secara ansuran bagi pemilik menghadapi kesulitan melangsaikan tunggakan, bergantung kepada kemampuan masing-masing,” katanya.
“Sekiranya pemilik masih gagal menjelaskan tunggakan selepas diberi masa dan tempoh yang sesuai, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, termasuk menyita, melelong harta serta memfailkan saman di mahkamah,” katanya.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)



