SERANGAN PERTAMA PORTUGIS KE ATAS MELAKA

Pada hari ini (25 Julai) dalam tahun 1511, Melaka telah diserang buat pertama kali oleh askar-askar Portugis yang diketuai oleh Alfonso D’Albuquerque. Serangan tercetus ekoran daripada tiada tolak ansur di antara Sultan Mahmud dengan orang-orang Portugis mengenai orang-orang tahanan Portugis. Askar-askar Portugis dengan menaiki beberapa buah perahu, melancarkan serangan di waktu subuh di bahagian Utara dan Selatan bandar Melaka. Orang-orang Melayu yang diketuai oleh Sultan Mahmud dan putera baginda Raja Ahmad, berjuang mempertahankan kedaulatan Melaka dari dicerobohi. Dalam pertempuran ini, Istana Sultan Melaka yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Melayu telah musnah manakala askar-askar Portugis berjaya mencapai objektifnya untuk menawan jambatan berhampiran Kuala Sungai Melaka. Askar-askar Portugis membuat kubu di kedua-dua hujung jambatan itu, namun mereka dihujani dengan tembakan meriam, tombak dan sumpitan beracun dari orang-orang Melayu. Serangan tanpa henti ini menyebabkan askar-askar Portugis berundur.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

AKPS PERKENAL HOLOGRAM DI KLIA TERMINAL 1, BANTU PENGEMBARA DAPATKAN MAKLUMAT KETIBAAN

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) membangunkan teknologi hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa …

KENDERAAN TIDAK DISELENGGARA, TAYAR MENJADI RISIKO!

Jalan basah, tayar bermasalah — risiko kemalangan meningkat! Tayar merupakan komponen penting yang menentukan cengkaman dan kestabilan kenderaan, khususnya ketika …

JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN ATAS/UPPER RESPIRATORY TRACT INGECTION (URTI)

Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, …