i-WHEEL CHAIR

WALAUPUN harga kerusi roda biasa adalah sekitar RM200 hingga RM400 namun tidak semua orang mampu memilikinya.

Oleh itu, inisiatif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) memperkenalkan Program i-Wheel Chair bagi membantu golongan yang susah dan memerlukan, terutama bagi mereka yang tinggal di projek perumahan rakyat (PPR) merupakan satu rahmat bagi penghuni rancangan perumahan berkenaan.

Program i-Wheel Chair merupakan satu inisiatif bagi membantu warga Wilayah Persekutuan mendapatkan perkhidmatan kerusi roda di lokasi dalam kawasan PPR dengan lebih mudah. Kebanyakkannya penduduk membuat pinjaman kerusi roda  bagi memudahkan pergerakan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Zaizalnizam Zainun berkata pinjaman kerusi roda diberikan secara sementara atau harian mengikut waktu operasi  Mini Terminal Sejahtera (MINTS) yang terdapat di PPR. Perkhidmatan tersebut disediakan di lapan lokasi PPR terpilih iaitu Blok A PPR Kerinchi, Blok C PPR Pantai Ria, Blok F PPR Seri Cempaka dan Blok 94 PPR Kampung Limau, Blok 2 PPR Desa Tun Razak, Blok C PPR Hiliran Ampang, Blok H PPR Sungai Bonus dan Blok C PPR Kampung Baru Air Panas.

Individu yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut boleh mengisi borang di lokasi yang dinyatakan dan permohonan terbuka kepada semua yang menepati syarat serta kriteria ditetapkan.

 

Sumber: FB Yayasan Wilayah Persekutuan dan Wilayahku 

Artikel/Berita Terkini

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

TUMPAT 12 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

INFO HALAL

Adakah anda kenal dengan logo halal Malaysia? Pastikan label Halal Malaysia mempunyai ciri-ciri berikut bagi mengelakkan kekeliruan dengan logo halal …
Maklumat Lanjut