N9PAY BANTU MUDAHKAN PENGGUNA

SEREMBAN, 15 Februari- Kerajaan Negeri Sembilan bakal memperkenal Sistem Negeri Sembilan Pay atau N9PAY bagi menambah baik sistem pembayaran cukai.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, sistem itu bertujuan memperkasa tadbir urus dengan mengadaptasi teknologi dalam usaha ke arah pendigitalan di Negeri Sembilan.

“Negeri Sembilan Pay ni merupakan satu platform baharu yang akan dibina bagi memastikan dan memudahkan pengguna, sama ada pembayar cukai atau apa juga pembayaran kepada kerajaan negeri mahupun agensi yang terlibat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Apresiasi Kewangan Tahun 2022 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sistem itu kini masih dalam proses pembangunan dan akan mula dilaksana selepas mendapat kelulusan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

KOMITMEN 9 FOKUS LANDSKAP BAHARU PENDIDIKAN SABAH

SANDAKAN (9 Mei): Jabatan Pendidikan Negeri Sabah terus memberi komitmen dalam mencapai sembilan fokus Landskap Baharu Pendidikan Negeri Sabah. Sembilan landskap …
Maklumat Lanjut

STRATEGI ESG UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: ANIFAH

KOTA KINABALU (9 Mei): Sabah telah memulakan strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang komprehensif untuk pembangunan mampan di …
Maklumat Lanjut