Tatakelola yang baik Archives - Laman Web MKN

CARA MENJALIN HUBUNGAN BAIK DI TEMPAT KERJA
Menjalin hubungan yang baik di tempat kerja sangatlah penting untuk mencipta persekitaran kerja yang positif dan produktif.

Berikut adalah beberapa cara untuk menjalin hubungan yang baik di tempat kerja:

Komunikasi yang Berkesan: Berkomunikasi dengan jelas, terbuka, dan sopan kepada rakan sekerja. Dengar dengan teliti dan berikan respons yang membina.

Etika Profesional: Amalkan sikap profesional di tempat kerja, termasuklah dalam penampilan, perilaku, dan bahasa badan.

Kolaborasi: Berkerjasama dalam pasukan sangat penting. Jadi rakan pasukan yang baik dengan berkongsi idea, menyokong rakan sekerja, dan menghargai sumbangan mereka.

Hormati Perbezaan: Setiap orang mempunyai latar belakang, adat resam, dan pendapat yang berbeza. Hargai kepelbagaian ini dan jangan biarkan perbezaan tersebut mengganggu hubungan kerja.

Jalin Hubungan Peribadi: Cuba kenali rakan sekerja anda secara peribadi. Mengenali satu sama lain dapat mengukuhkan hubungan dan meningkatkan kerjasama di tempat kerja.

Bantu Sesama: Tawarkan bantuan atau sokongan kepada rakan sekerja jika mereka memerlukannya. Ini dapat mengukuhkan ikatan di antara rakan sekerja.

Elakkan Konflik: Jika berlaku konflik, selesaikan dengan cara yang matang dan profesional. Berbincang secara langsung dengan pihak yang terlibat untuk mencari penyelesaian bersama.

Penghargaan: Ucapkan terima kasih atau menghargai rakan sekerja yang telah memberi sumbangan atau bantuan dalam pekerjaan.

Mendokong Kepentingan Bersama: Kejayaan pasukan adalah kunci, jadi bantu rakan sekerja anda untuk mencapai matlamat bersama. Jangan hanya fokus kepada kejayaan peribadi.

Sikap Positif: Tunjukkan sikap positif di tempat kerja. Semangat yang baik dan sikap yang optimis boleh menjadi berjangkit dan membina suasana kerja yang menyeronokkan.

The post CARA MENJALIN HUBUNGAN BAIK DI TEMPAT KERJA appeared first on Laman Web MKN.

RASUAH: DUA PEMBANTU PENGUASA KASTAM DIDAKWA
Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen atas 14 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM12,500 sejak tahun 2017 sehingga 2023. Kes ini melibatkan tertuduh, Che Mohd Taufik Che Arif, 33 tahun, yang menghadapi 13 pertuduhan, dan Mohd Afiq Ikhwan Ramli, 30 tahun, yang menghadapi satu pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. Menurut pertuduhan, Che Mohd Taufik sebagai pembantu penguasa JKDM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa memperoleh suapan keseluruhan RM9,000 secara rasuah. Manakala Mohd. Afiq Ikhwan pula didakwa menerima suapan berjumlah RM3,500. Bayaran itu diterima melalui atas talian dari seorang lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori-lori milik syarikat terbabit yang membawa keluar barang dari kargo KLIA.

Perbuatan rasuah tersebut didakwa dilakukan di sebuah bank di Jertih dalam daerah Besut antara 17 Disember 2017 sehingga 12 April 2023. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan 18 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula dan pengurusan kes. Mahkamah turut membenarkan Che Mohd. Taufik diikat jamin RM16,000 dan Mohd. Afiq Ikhwan, RM5,000 dengan seorang penjamin. Selain itu, mereka dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di Pejabat SPRM terdekat serta tidak dibenarkan menganggu saksi pendakwaan sepanjang prosiding.

Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Maziah Mohaide, manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam, Ridha Abdah Subri. Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan seramai 23 pegawai dan anggota kastam akan didakwa di enam mahkamah sesyen seluruh negara sehingga Khamis ini selepas ditahan menerusi Ops Samba 2.0. Operasi yang bermula pada 11 hingga 25 Mac itu menumpukan siasatan ke atas mereka yang bertugas di kargo KLIA dan berjaya mengesan ketirisan hasil cukai berjumlah RM2 bilion.

Sumber: Buletin TV3 & The Sun

The post RASUAH: DUA PEMBANTU PENGUASA KASTAM DIDAKWA appeared first on Laman Web MKN.

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH
IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan setiap perkara yang disukai dan diredhai Allah dari jenis perkataan atau perbuatan lahir dan batin. Ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan ibadah ritual semata-mata seperti sembahyang, puasa, haji dan sebagainya (ibadah khusus), malah ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial, mencari rezeki, sehinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara. Kerja pula merupakan kesungguhan seseorang melakukan sesuatu perkara bagi mendapatkan upah atau ganjaran. Manakala amanah pula bermaksud memenuhi dan mematuhi segala apa yang telah dipertanggungjawabkan.

Konsep kerja, ibadah dan amanah adalah merupakan tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencari keredhaan Allah SWT. Ia berkaitan dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, halal dan haram, syurga atau neraka. Di antara ciri-ciri pekerja dan pekerjaan yang dianggap sebagai ibadah adalah:

Pekerjaan yang disertakan dengan niat mendapat keredhaan Allah;

Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak;

Tidak meninggalkan perkara-perkara wajib seperti solat;

Menghasilkan kerja yang berkualiti;

Dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh;

Berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab;

Menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai, suka berbangga dengan memberitahu kepada orang lain akan amal kebajikannya dan menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan amal ibadah.

Islam mengajar umat-Nya agar sentiasa berusaha mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman dan akhlak. Bagi yang menyedari hakikat ini, mereka akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pada setiap masa tanpa rasa jemu. Mereka sedar bahawa bekerja itu bukan sekadar tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara malah ia merupakan amanah Allah SWT.

Berapa ramai di antara kita (pekerja) yang sedar tentang perkara ini. Berapa ramai komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja, bekerja dengan sambil lewa, curi tulang, menggunakan peralatan pejabat untuk kepentingan peribadi, solat pada waktu kerja sedangkan masa yang diperuntukkan untuk solat diisi dengan berbual kosong.

Makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah Allah semata-mata.

(Surat An-Nahl, ayat 70)

Justeru, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan istiqamah pada niat seawal melangkah keluar dari rumah bahawa semua kerja yang dilaksanakan kerana Allah SWT. Mudah-mudahan setiap pergerakan dari mula hingga pulang ke rumah dikira sebagai ibadah dan rezeki yang diterima penuh dengan keberkatan.

Sumber: upm.edu.my

The post KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH appeared first on Laman Web MKN.