Sidang DUN Negeri Sembilan Archives - Laman Web MKN

DUN NEGERI SEMBILAN KUTUK PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk keras pembunuhan kejam Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Allahyarham Ismail Abdel Salam Ahmad Haniyeh pada 31 Julai lalu. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang bangkit membentangkan usul itu, pembunuhan itu merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Serangan secara terancang di luar kawasan pergolakan boleh mencetuskan peperangan wilayah lebih besar dengan melibatkan negara yang tidak terlibat dengan konflik tersebut. Seluruh rakyat di negara ini berpegang teguh kepada pendirian iaitu tiada alasan bagi membunuh mana-mana pemimpin Hamas yang dilihat sentiasa berusaha menuju proses pendamaian bagi memastikan rakyat Palestin mendapat kembali hak mereka di tanah air mereka.

Rakyat negeri ini akan terus memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat serta bebas daripada kekejaman rejim Zionis Israel. Usul itu dikemukakan di bawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap DUN Negeri Sembilan 1960.

Menurutnya lagi, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan PBB untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan ganas rejim Zionis Israel itu. Pembunuhan kejam Ismail Haniyeh yang sepatutnya mendapat kecaman daripada semua entiti antarabangsa, dilihat sunyi tanpa sebarang usaha mengheret pihak yang terlibat dengan jenayah terancang tersebut. Usul ini juga memutuskan agar kerajaan Malaysia bekerjasama dengan negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza. Dewan ini juga merayu masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza tanpa menghiraukan atau gentar dengan ancaman rejim Zionis Israel.

Sumber: Utusan Malaysia

The post DUN NEGERI SEMBILAN KUTUK PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH appeared first on Laman Web MKN.

NEGERI SEMBILAN PERLU KEKALKAN SIFAR MISKIN TEGAR – TUANKU MUHRIZ
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah Negeri Sembilan perlu mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar seperti diraih pada penghujung tahun lalu bagi memastikan tiada lagi golongan itu di negeri ini. Baginda bertitah, kerjasama kukuh dalam Kerajaan Perpaduan menunjukkan prestasi yang amat baik melalui beberapa pencapaian cemerlang kerajaan negeri pada tahun lalu.

Baginda gembira apabila Negeri Sembilan telah berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun lalu dan difahamkan pencapaian ini melibatkan seramai 3,530 ketua isi rumah (KIR) di seluruh Negeri Sembilan. Pencapaian ini adalah amat membanggakan dan perlu dikekalkan bagi memastikan tiada lagi miskin tegar di negeri ini.

Baginda bertitah pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan yang ke-15 di sini pada Isnin.Turut berkenan berangkat, Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Hadir sama, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Tuanku Muhriz turut bertitah sebagai ketua agama negeri, baginda mahu supaya perhatian serius diberikan terhadap usaha meningkatkan ekonomi dan ilmu pengetahuan umat Islam di negeri ini sekali gus menjadikan masjid dan surau sebagai tempat menyebarkan lagi syiar Islam. Ia bukan setakat hanya bagi tujuan mendirikan solat, bahkan sebagai pusat perkembangan ilmu, penyebaran dakwah, pusat aktiviti sosial dan medan penyatuan ummah. Bagi kelestarian pembangunan modal insan di Negeri Sembilan, beta berpandangan bahawa kemajuan bidang pendidikan perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan.

Berhubung prestasi pengurusan kewangan negeri, baginda bertitah ia amat menggalakkan apabila pentadbiran kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM541.42 juta berbanding anggaran RM450 juta. Prestasi ini juga telah mengubah belanjawan defisit RM108.96 juta kepada surplus RM4.93 juta. Susulan daripada kutipan surplus ini, rizab negeri bagi Akaun Hasil Disatukan kini berada pada tahap yang amat baik iaitu sebanyak RM410.48 juta. Pencapaian pelaburan Negeri Sembilan pada tahun 2023 pula mencatatkan pelaburan tertinggi yang pernah direkodkan, iaitu RM10.1 bilion. Jumlah ini berjaya mengatasi sasaran awal dan merupakan pencapaian rekod tertinggi dalam sejarah pentadbiran kerajaan negeri beta, iaitu sebanyak RM8.9 bilion bagi tahun 2022.

Sumber: Sinar Harian

The post NEGERI SEMBILAN PERLU KEKALKAN SIFAR MISKIN TEGAR – TUANKU MUHRIZ appeared first on Laman Web MKN.