MKN Terengganu Archives - Laman Web MKN

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?
Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan bangun lebih awal, menyediakan keperluan harian tanpa tergesa-gesa, menikmati sarapan, melakukan regangan ringan serta mengambil sedikit masa untuk mempersiapkan diri sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Walaupun berasal daripada trend gaya hidup Barat, konsep ini sebenarnya boleh disesuaikan dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Antara aspek yang sering kita terlepas pandang dalam kesibukan waktu pagi ialah keselamatan. Keadaan tergesa-gesa ketika bersiap atau mengejar masa untuk ke tempat kerja boleh menyebabkan seseorang kurang fokus, mudah melakukan kesilapan dan memandu secara terburu-buru. Risiko ini menjadi lebih tinggi terutamanya ketika berhadapan dengan kesesakan lalu lintas atau ketika mengejar waktu persekolahan dan waktu bekerja.

Mengamalkan rutin pagi yang lebih terancang boleh membantu mengurangkan tekanan dan memberi masa yang mencukupi untuk membuat persediaan sebelum keluar rumah. Rutin harian seperti Menyediakan pakaian, beg dan barangan keperluan pada malam sebelumnya, bangun sedikit lebih awal serta memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan merupakan langkah mudah yang boleh diamalkan.

Namun begitu, “slow morning” tidak bermaksud seseorang perlu mengambil masa berjam-jam untuk bersantai. Sebaliknya, konsep ini boleh disesuaikan mengikut kemampuan dan rutin masing-masing.

Kesimpulannya, pagi yang lebih teratur bukan sahaja dapat meningkatkan keselesaan dan produktiviti malah berpotensi menyumbang kepada keselamatan diri. Mengurus masa dengan baik dan mengelakkan sikap tergesa-gesa adalah merupakan langkah kecil yang boleh menjadikan perjalanan serta permulaan hari lebih selamat.

Sumber:https://medium.com/@lovettdustin4/the-quiet-power-of-slow-mornings

The post Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal? appeared first on Laman Web MKN.

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang
Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah yang sering berlaku di dalam kalangan individu yang bekerja di hadapan komputer ialah sakit leher dan belakang akibat kedudukan badan yang tidak betul serta tempoh bekerja yang terlalu lama.

Amalan ergonomik yang baik penting bagi memastikan persekitaran kerja bersesuaian dengan keperluan fizikal seseorang. Kedudukan monitor yang terlalu rendah atau tinggi, kerusi yang tidak mempunyai sokongan belakang serta penggunaan komputer dalam tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan ketegangan pada otot leher, bahu dan belakang. Keadaan ini mungkin kelihatan ringan pada peringkat awal namun jika ia dibiarkan berterusan boleh menjejaskan keselesaan, tumpuan dan produktiviti ketika bekerja.

Bagi mengurangkan risiko tersebut, pekerja perlu memastikan kedudukan monitor berada pada paras mata, duduk dengan postur yang betul dan memastikan kaki berada dalam keadaan selesa. Penggunaan kerusi yang memberikan sokongan kepada bahagian belakang juga dapat membantu mengekalkan posisi badan yang baik. Selain itu, rehat pendek secara berkala wajar dilakukan bagi membolehkan badan melakukan regangan dan mengurangkan ketegangan otot.

Kesimpulannya, penjagaan ergonomik merupakan sebahagian daripada amalan keselamatan di tempat kerja yang tidak seharusnya dipandang ringan. Kesedaran terhadap postur badan dan susun atur ruang kerja yang betul dapat membantu mencegah sakit leher dan belakang serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Sumber:https://sgs.upm.edu.my/artikel/menjaga_postur_badan_ketika_bekerja_kunci_kesihatan_dan_produktiviti-94661

The post Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang appeared first on Laman Web MKN.

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?
Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan serta operasi menyelamat. Walaupun teknologi ini memberikan banyak manfaat kepada masyarakat, penggunaannya secara tidak terkawal turut boleh menimbulkan ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam.

Antara kebimbangan utama ialah penyalahgunaan dron untuk melakukan pemantauan tanpa kebenaran khususnya di kawasan sensitif seperti lapangan terbang, premis kerajaan, kemudahan keselamatan dan infrastruktur kritikal. Dron yang dilengkapi kamera berkeupayaan tinggi juga berpotensi digunakan untuk mendapatkan maklumat atau merakam kawasan tertentu tanpa pengetahuan pihak berkaitan.

Selain itu, dron boleh mengancam keselamatan penerbangan sekiranya diterbangkan berhampiran laluan pesawat atau kawasan lapangan terbang. Kesilapan pengendalian atau penerbangan tanpa mematuhi peraturan juga boleh menyebabkan kemalangan serta membahayakan orang awam. Dalam konteks keselamatan negara, teknologi dron turut berpotensi disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan pencerobohan, penyeludupan atau aktiviti yang boleh menjejaskan kepentingan negara.

Namun begitu, dron itu sendiri bukanlah suatu ancaman. Risiko sebenar bergantung kepada cara teknologi tersebut digunakan. Oleh itu, penggunaan dron perlu disertai dengan kesedaran, pematuhan kepada peraturan dan pemantauan yang berkesan oleh pihak berkuasa.

Kesimpulannya, dron merupakan teknologi yang mempunyai banyak manfaat tetapi boleh menjadi ancaman sekiranya disalahgunakan. Keseimbangan antara inovasi teknologi dan aspek keselamatan perlu diberi perhatian agar kemajuan teknologi dapat dimanfaatkan tanpa menjejaskan keselamatan masyarakat dan negara.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/795983/berita/nasional/ancaman-siber-dron-ai-cabaran-baharu-pertahanan-negara—raja-muda-perlis

The post Adakah Dron sebagai Satu Ancaman? appeared first on Laman Web MKN.

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL
𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan pada 30 Ogos 2026.

Operasi pemindahan ini telah dilaksanakan oleh Unit Pemindahan dengan dibantu oleh Pasukan Iringkawal Depot Imigresen Ajil. Pemindahan melibatkan seramai 13 orang tahanan warganegara Thailand dengan lingkungan umur antara 16 hingga 47 tahun. Pecahan tahanan terdiri daripada tiga lelaki dan 10 wanita.

Kesemua tahanan telah selesai melalui proses perundangan dan menjalani hukuman masing-masing serta dikenakan tindakan senarai hitam mengikut kesalahan di bawah peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus komited melaksanakan tugas pemindahan tahanan secara teratur, selamat dan berhemah demi menjaga kedaulatan serta keselamatan negara.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia dan JIM Negeri Terengganu

The post PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL appeared first on Laman Web MKN.

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR
Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika cawan berkarat, sumbing atau salutannya mengelupas, ia tidak patut terus digunakan untuk menghidangkan makanan. Ini soal keselamatan makanan.  KKM sendiri menasihatkan penggunaan perkakas yang bersih, tidak berkarat dan tidak sumbing. Permukaan yang rosak boleh menyukarkan pembersihan. Serpihan salutan juga berisiko tertanggal dan masuk ke dalam minuman.

Kalau dapat cawan begini:

Berhenti minum dan minta minuman baharu dalam cawan yang elok. Jangan sekadar pindahkan air yang sama.

Maklumkan kepada pekerja atau pengusaha.

Ambil gambar serta simpan resit, nama premis, lokasi, Tarikh dan masa kunjungan untuk membantu siasatan. Aduan boleh disalurkan melalui SISPAA KKM:https://moh.spab.gov.my/

Kepada pengusaha, semak cawan, pinggan dan perkakas secara berkala. Yang sudah rosak, keluarkan daripada penggunaan.  Pelanggan tegur bukan sebab cerewet. Mereka bayar untuk minuman yang selamat. Sayang nak buang, jangan sampai abaikan keselamatan pelanggan.

Sumber: Publichealth

The post CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR appeared first on Laman Web MKN.