#kebayasetengahtiang Archives - Laman Web MKN

KENANGAN MANIS JAHIT KEBAYA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN UNTUK WAN AZIZAH
Satu dekad menjadi tukang jahit, tidak pernah terlintas di hati Normah Ishak, 60, bahawa suatu hari nanti dia berpeluang menjahit busana tradisional masyarakat Negeri Sembilan buat isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menyifatkannya sebagai pengalaman paling berharga dan manis dalam hidup, ibu kepada empat anak serta enam cucu ini mengambil masa seminggu untuk menyiapkan ‘Kebaya Setengah Tiang’ berwarna pic untuk dihadiahkan sebagai cenderamata kepada Dr Wan Azizah pada satu acara rasmi di Seremban, Julai lepas.

Bersesuaian dengan status beliau selaku isteri pemimpin nombor satu negara, busana yang disampaikan itu bukanlah kebaya biasa, sebaliknya mempunyai keistimewaan yang menjunjung identiti warisan negeri beradat ini. Berusia lebih 100 tahun, Kebaya Setengah Tiang diketahui digayakan masyarakat dan kerabat diraja negeri ini sejak 1930-an.

Dia sangat teruja apabila diberi peluang menjahit kebaya warisan ini untuk isteri Perdana Menteri. Dia juga sering melihat isteri Perdana Menteri memang gemar memakai baju kurung atau kebaya dalam acara rasmi. Alhamdulillah, beliau suka dengan baju yang terhasil. Malah, difahamkan juga beliau amat teruja untuk menggayakan kebaya yang dihadiahkan itu setelah mengetahui pakaian tersebut merupakan kebaya beridentitikan negeri ini.  Dia juga menerima tempahan daripada orang kenamaan dan pegawai kanan kerajaan, antaranya Ahli Dewan Undangann Negeri Pilah, Noorzunita Begum Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan, Nicole Tan.

Reka bentuk baju Kebaya Setengah Tiang yang menampilkan keindahan pola potongan tujuh, tidak mempunyai pesak dan bersifat longgar, membezakan busana ini dengan baju kebaya yang biasa dipakai oleh kaum wanita di Malaysia. Maka tidak hairanlah Kebaya Setengah Tiang semakin diminati, khususnya masyarakat di Negeri Sembilan untuk dipakai ke majlis keraian seperti kenduri kahwin.

Sebelum ini dia hanya menjahit secara suka-suka, tetapi sejak kerajaan negeri patenkan baju ini sebagai warisan identiti Negeri Sembilan, secara tiba-tiba saya menerima banyak tempahan dan ia datang daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Menurut bekas pesara kerajaan itu, dia mengambil masa setahun mempelajari teknik jahitan kebaya warisan itu melalui kursus yang dikendalikan Persatuan Penggiat Busana Tradisional Negeri Sembilan. Menurut seorang lagi tukang jahit yang berkemahiran menghasilkan Kebaya Setengah Tiang, Azita Azit, 46, dia berusaha mempelajari teknik jahitan kebaya tersebut kerana ingin memastikan busana tradisional berkenaan tidak lapuk ditelan zaman.

Berpengalaman 11 tahun dalam bidang jahitan, menurutnya bukan mudah untuk menguasai teknik jahitan Kebaya Separuh Tiang, khususnya bagi menghasilkan pola yang tepat. Jika tidak belajar, memang susah untuk menjahit kebaya ini. Dia mengenakan harga antara RM80 hingga RM180 bagi tempahan sehelai Kebaya Separuh Tiang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penggiat Busana Tradisional Negeri Sembilan, Alias Zakaria, 64, berkata, pakaian warisan tersebut dipanggil Kebaya Setengah Tiang kerana bentuk potongan bajunya yang unik, iaitu di atas paras lutut dan bahagian belakangnya pula labuh di bawah bahagian punggung. Memperincikan ciri-ciri busana itu, beliau berkata, kebaya tersebut mempunyai potongan bahagian bawah yang lurus, berlengan kembang di hujung dengan bahagian depan baju pula terbuka dan berlidah, berbeza dengan kebaya lain yang runcing di bahagian depan.

Kainnya pula hanya menggunakan kain batik sarung dengan ikatan tindih kasih yang diikat dari arah kanan ke kiri.

Bagi memelihara keaslian dan keunikan busana tersebut, kerajaan negeri telah mendaftarkan Kebaya Separuh Tiang sebagai harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada November tahun lepas bagi memastikan pola dan potongan asal busana baju tradisional ini kekal menjadi identiti Negeri Sembilan.

The post KENANGAN MANIS JAHIT KEBAYA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN UNTUK WAN AZIZAH appeared first on Laman Web MKN.

PROMOSI KEMBALI KEBAYA SETENGAH TIANG
Keunikan Negeri Sembilan terletak pada adat perpatihnya yang diamalkan sejak dahulu lagi. Malah keunikan di negeri adat perpatih ini turut ada pada busananya yang disebut kebaya setengah tiang yang merupakan salah satu identiti negeri ini.

Bagaimanapun, selari dengan peredaran zaman, baju tersebut kini semakin dilupakan dan mungkin kebanyakan generasi muda hari ini tidak mengetahui tentangnya. Persatuan Penggiat Busana Tradisional Negeri Sembilan kini giat mempromosikannya bagi mengangkat kembali pemakaian busana berkenaan di negeri ini.

Menurut Pengerusinya, Alias Zakaria, pihaknya juga mengambil inisiatif menganjurkan bengkel jahitan khusus bagi membuat pakaian berkenaan dengan kerjasama GiatMARA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan kalau boleh pihaknya menginginkan kebaya separuh tiang ini dipopularkan kembali di negeri ini dan menjadi pakaian kebiasaan. Ia ditambah pula kerajaan Negeri Sembilan telah mendaftarkannya sebagai harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada November tahun lalu.

Menurutnya, adalah penting untuk mengangkat kembali busana berkenaan kerana ia adalah peninggalan sejarah dan merupakan warisan jati diri Negeri Sembilan. Jelasnya, berdasarkan kajian yang dilakukannya, pakaian tersebut telah wujud pada tahun 1930-an lagi. Ia bukan saja digayakan oleh wanita kerabat diraja, tetapi juga rakyat biasa di Negeri Sembilan dan sering digayakan dalam majlis keramaian seperti menghadiri majlis kenduri atau berendoi. Panggilan kebaya setengah tiang kerana ia dibuat atas pada lutut dan bawah dari punggung.

Bercerita lanjut berkenaan baju terbabit, pola potongan lengannya adalah kembang di hujung dan potongan bahagian bawah bajunya pula lurus manakala bahagian depan baju berlidah seperti kebaya panjang. Baju itu juga mempunyai belah potong sembilan dan kebiasaanya menggunakan kain broked, songket tenun dan kain kasa. Ia akan dipadankan dengan penggunaan kain batik sarung dan cara ikatanya adalah ikatan tindih kasih iaitu lipatan kain mengarah dari kanan ke kiri. Wanita yang menggayakan baju ini selalunya akan menggunakan kerongsang, dokoh dan rantai labuh untuk menaikkan seri pakaian tersebut. Ia juga biasanya dipakai dengan aksesori kepala yang di panggil telepok.

Golongan muda kemungkinan kurang gemar dengan fesyen kebaya berkenaan, namun dengan daya kreativiti tukang jahit, ia boleh dimodenkan namun jangan sampai menghilangkan identiti pakaian itu dan baginya kebaya setengah tiang ini juga mencerminkan wanita Islam kerana ia sopan dan longgar. Persatuan ini juga sedang giat mempromosikan kembali kebaya setengah tiang ini dan turut mengambil tempahan.

Sumber: Sinar Harian

The post PROMOSI KEMBALI KEBAYA SETENGAH TIANG appeared first on Laman Web MKN.