Candat sotong Archives - Laman Web MKN

HAMPIR 500 BOT TURUN KE LAUT SETIAP HARI UNTUK BERCANDAT
Dianggarkan hampir 500 bot turun ke laut setiap hari dengan lebih 5,000 pencandat yang mengambil bahagian dalam aktiviti mencandat sotong di sekitar Pulau Kapas dan lokasi-lokasi pilihan lain di Terengganu pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata Program ‘Soft Launching’ Musim Candat Terengganu 2024 berjaya menarik lebih 250 peserta dari seluruh Terengganu untuk menyertai Pesta Candat Sotong yang berlangsung di perairan Pulau Kapas hari ini.

Menurutnya, usaha Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) menganjurkan program tersebut adalah untuk mengembalikan populariti musim mencandat sotong dengan melibatkan seluruh daerah.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada penggiat industri pelancongan untuk bersatu dalam aktiviti yang dinanti-nantikan ini, tetapi juga memperluaskan fokus kepada lokasi mencandat lain di seluruh Terengganu, termasuk Pulau Perhentian, Besut dan Pulau Chepu, Setiu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian ‘Soft Launching’ Musim Candat Terengganu 2024 bertempat di Jeti Marang di sini semalam.

Tambah Razali, program itu secara tidak langsung untuk memberi rangsangan ekonomi kepada pelbagai sektor seperti pengusaha bot nelayan, pengusaha hotel dan resort, serta peniaga tempatan.

“Aktiviti mencandat sotong yang popular bermula pada waktu senja sehingga awal pagi menarik minat pelancong tempatan dan luar negara.

“Program ini adalah langkah positif dalam usaha untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan negeri ini dengan lebih merata ke seluruh daerah, seiring dengan saranan kerajaan untuk memperluaskan kepelbagaian destinasi pelancongan di Terengganu,” ujarnya.

Sumber: TRDI

The post HAMPIR 500 BOT TURUN KE LAUT SETIAP HARI UNTUK BERCANDAT appeared first on Laman Web MKN.

APMM TERENGGANU TUMPAS BOT NELAYAN ASING VIETNAM
19 MEI 2024 – Hampir sejam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengejar dua kapal nelayan asing Vetnam yang menceroboh perairan Terengganu, malam Khamis lalu sebelum berjaya menahannya di kedudukan 155 batu nautika timur muara Kuala Terengganu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Komander Maritim Mohd Firdaus Mohd Anuar berkata, kedua-dua bot berkenaan berjaya ditunda ke pejabat Maritim Negeri Terengganu dan tiba sekitar jam 10.00 pagi semalam.

Menurutnya, pada kejadian tersebut KM Pekan yang meronda dalam siri Op Naga Barat, berjaya menahan 12 awak-awak termasuk tekong warganegara Vietnam yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua mereka adalah dalam lingkungan usia 19- 50 tahun dan mereka akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963. Berdasarkan penilaian, rampasan keseluruhan termasuk kedua-dua bot, hasil laut, peralatan dan diesel dianggarkan bernilai RM3 juta.

Sebagai makluman untuk tahun ini, ini adalah tangkapan ke-10 membabitkan pencerobohan nelayan asing oleh Maritim Negeri Terengganu dengan anggaran rampasan bernilai RM10 juta.

Musim sotong yang bermula April hingga Ogos turut menarik minat nelayan asing dengan peningkatan kes pencerobohan direkodkan berbanding bulan-bulan lain. Oleh itu, menurutnya Maritim Negeri Terengganu akan terus meningkatkan operasi bagi membanteras kemasukan bot-bot nelayan asing di perairan negara khususnya Terengganu.

Sumber dan foto: UPDI

The post APMM TERENGGANU TUMPAS BOT NELAYAN ASING VIETNAM appeared first on Laman Web MKN.