Awas scammer Archives - Laman Web MKN

PENIPUAN DALAM TALIAN MELIBATKAN MANGSA DALAM KALANGAN WARGA EMAS
Laporan daripada seorang wanita berusia 72 tahun telah diterima oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) iaitu mangsa yang merupakan seorang pesara telah diperdaya oleh sindiket penipuan iaitu phone scam.

Mangsa dikatakan telah menerima panggilan daripada unit khidmat pelanggan, Putrajaya dan dinyatakan nombor telefon mangsa telah disalahgunakan dalam kes jenayah siber serta mangsa perlu memohon perlindungan data peribadi serta perlindungan dana. Selain itu, mangsa turut dimaklumkan terlibat dalam kes penggubahan wang haram setelah disambungkan panggilan kepada pihak “polis”.

Seterusnya, magsa diarahkan untuk mengumpulkan semua wang simpanannya ke akaun bank dan maklumat bank turut diambil. Barang kemas dan gold bar turut diminta diserahkan kepada individu yang datang untuk mengambil barang-barang tersebut. Anggaran kerugian yang dialami mangsa ialah sebanyak RM670,994.00. Kesi disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan rekod sepanjang tiga tahun terkini (2021 sehingga 2023), sejumlah 86,266 individu telah menjadi mangsa kepada jenayah penipuan dalam talian. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,533 mangsa (6.4%) adalah terdiri daripada kalangan warga emas. Kebanyakan nilai kerugian yang dialami oleh mereka adalah nilai yang tinggi berbanding dengan nilai kerugian melibatkan kelompor umur yang lain. Ini menjadikan golongan warga emas menjadi sasaran yang berkualiti.

Secara keseluruhannya, penipuan dalam talian adalah kategori jenayah komersial yang boleh dicegah serta dielakkan seandainya mangsa mempunyai pengetahuan dan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan menjadi mangsa.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

The post PENIPUAN DALAM TALIAN MELIBATKAN MANGSA DALAM KALANGAN WARGA EMAS appeared first on Laman Web MKN.

TERPEDAYA DENGAN TAWARAN LUMAYAN, PESARA RUGI HAMPIR 100K
Pesara kerajaan kerugian RM91,060 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 85 tahun itu menerima pesanan iklan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali pada 29 Oktober lalu. Menurutnya, mangsa ditawarkan pakej pelaburan ‘Madinah Emas’ yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

Modus operandi scammer adalah dengan menawarkan pakej VIP (orang kenamaan) dengan modal RM500 dan dijanjikan pulangan untung sebanyak RM15,800 dalam tempoh empat jam. Akibat gelap mata, mangsa membuat pemindahan wang sebanyak 26 kali ke enam akaun bank berasingan seperti diarahkan suspek.

Mangsa yang menunggu sekian lama berasa kecewa kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan lalu membuat laporan polis pada Isnin lalu. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diingatkan tidak mudah terpedaya dan membuat semakan dengan pihak berkaitan sebelum membuat pelaburan yang menjanjikan pulangan besar dalam tempoh singkat. Pelbagai kempen dan peringatan mengenai scammer atau penipuan online ini dibuat kepada orang ramai dan masyarakat perlulah lebih peka serta cakna akan pesanan yang dibuat.

Hindari diri dari ditipu, jangan ambil jalan singkat untuk kaya. Fikir dulu sebelum melabur.

The post TERPEDAYA DENGAN TAWARAN LUMAYAN, PESARA RUGI HAMPIR 100K appeared first on Laman Web MKN.

AWAS DENGAN MODUS OPERANDI SCAMMER
Apa Itu Modus Operandi?

Modus operandi adalah frasa bahasa Latin yang bermaksud “cara beroperasi” atau “kaedah operasi”. Dalam konteks jenayah, modus operandi merujuk kepada cara atau kaedah yang digunakan oleh penjenayah untuk melakukan aktiviti haram mereka.

Ia merangkumi corak tingkah laku, teknik, atau prosedur yang ditunjukkan oleh penjenayah semasa melakukan jenayah. Dengan memahami modus operandi, pihak berkuasa dapat mengenal pasti ciri-ciri unik sesuatu jenayah, mengaitkan kes-kes yang serupa, dan menyiasat dengan lebih berkesan.

Ingat! Jangan panik! Semak terlebih dahulu dan saling berpesan sesama kita!

Ingat! Jangan panik! Semak.

Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (PDRM)

The post AWAS DENGAN MODUS OPERANDI SCAMMER appeared first on Laman Web MKN.

AMALKAN KONSEP ‘3T’ UNTUK MENGELAKKAN PENIPUAN DALAM TALIAN
Dalam era digital yang semakin berkembang, penipuan dalam talian menjadi satu ancaman besar kepada pengguna. Penjenayah siber semakin licik menggunakan pelbagai cara untuk menipu, terutamanya dalam urusan pembelian atau pelaburan dalam talian. Oleh itu, amat penting bagi setiap individu untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga. Salah satu cara yang dicadangkan adalah dengan menggunakan konsep ‘3T’ iaitu Tanya, Teliti, Tidak Tamak. Mari kita perincikan setiap langkah ini beserta contoh-contoh yang relevan.

1. Tanya

Langkah pertama adalah sentiasa bertanya. Sebelum melakukan sebarang transaksi dalam talian, pastikan anda bertanya soalan yang relevan seperti nama syarikat, alamat fizikal, atau sumber pelaburan. Tindakan ini dapat membantu anda memastikan kesahihan sesuatu perniagaan atau tawaran yang diterima.

Contoh: Jika anda ingin membeli barang dari platform yang tidak dikenali, pastikan anda menghubungi penjual dan bertanya tentang alamat syarikat serta cara perniagaan mereka beroperasi. Ini juga terpakai untuk pelaburan, di mana anda perlu mendapatkan maklumat terperinci tentang punca dana pelaburan dan sebarang lesen yang dimiliki.

2. Teliti

Sikap teliti sangat penting dalam mengelakkan penipuan. Nilai sama ada harga yang ditawarkan masuk akal atau tidak. Sebagai contoh, jika sesuatu produk dijual pada harga yang terlalu rendah daripada pasaran, itu mungkin tanda-tanda penipuan.

Contoh: Anda mendapati sepasang kasut berjenama yang biasanya berharga RM300, dijual hanya pada RM50. Situasi ini tidak logik dan memerlukan anda menilai kesahihan penjual dengan lebih teliti. Selalunya, tawaran harga yang terlalu rendah ini bertujuan menarik minat mangsa sebelum mereka ditipu.

3. Tidak Tamak

Penipuan dalam talian sering kali berlaku kerana mangsa teruja dengan tawaran harga yang sangat murah. Oleh itu, penting untuk tidak tamak dan membuat perbandingan harga terlebih dahulu.

Contoh: Jika anda melihat sebuah beg berjenama yang biasanya berharga RM600 tetapi dijual pada RM100, jangan terus teruja dan membuat pembelian. Sebaliknya, lakukan sedikit kajian untuk melihat harga pasaran sebenar dan pastikan penjual tersebut sah.

Penipuan Terkini dan Keldai Akaun

Jenayah komersial dalam talian kian canggih kerana penjenayah menggunakan kemahiran tinggi untuk memperdayakan mangsa. Salah satu taktik terkini adalah menyamar melalui panggilan video dan berpura-pura sebagai pegawai penguat kuasa. Mangsa mudah terpedaya apabila diminta memberikan maklumat perbankan atau nombor akaun mereka.

Contoh: Anda menerima panggilan video daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai dari bank atau jabatan kerajaan. Mereka meminta maklumat akaun anda untuk kononnya memproses pengeluaran atau dana tertentu. Jangan mudah terpedaya kerana bank dan jabatan kerajaan tidak akan menghubungi orang awam menerusi panggilan video.

Elakkan Menjadi ‘Keldai Akaun’

Penjenayah juga cuba merekrut orang untuk menjadi ‘keldai akaun’, di mana mangsa dipujuk untuk menyerahkan akaun bank mereka bagi tujuan menyalurkan wang haram. Mangsa yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Contoh: Seseorang menghubungi anda dan menawarkan sejumlah wang sebagai upah jika anda membenarkan akaun bank anda digunakan untuk satu transaksi. Ini mungkin kedengaran menarik, tetapi tindakan ini boleh menyebabkan anda didakwa atas jenayah penipuan atau pengubahan wang haram. Segera laporkan kepada pihak berkuasa jika anda mendapat tawaran seperti ini.

Penipuan Melalui Panggilan Video

Penipuan terbaru melibatkan penggunaan panggilan video, di mana penjenayah menyamar sebagai pegawai penguat kuasa. Mereka meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun atau kad pengenalan. Anda perlu berhati-hati kerana jabatan kerajaan atau bank tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui panggilan video.

Contoh: Seorang individu menelefon anda melalui panggilan video, mengaku sebagai pegawai polis atau dari jabatan kerajaan dan meminta anda memberikan nombor akaun bank untuk tujuan ‘penyiasatan’. Tindakan ini jelas merupakan penipuan dan perlu dihindari.

Kesimpulan

Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian memerlukan kita untuk sentiasa berhati-hati. Dengan mengamalkan konsep 3T – Tanya, Teliti, dan Tidak Tamak, kita dapat melindungi diri dari jerat penipuan. Ingat, penjenayah dalam talian sentiasa mencari peluang untuk memperdaya mangsa yang lalai. Oleh itu, bertindak bijak dan waspada dalam setiap urusan dalam talian.

Sumber: MCMC

The post AMALKAN KONSEP ‘3T’ UNTUK MENGELAKKAN PENIPUAN DALAM TALIAN appeared first on Laman Web MKN.