alor setar Archives - Laman Web MKN

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍
Lorong itu dulu hanya lorong kecil.

Lorong yang dipanggil Lorong Selamat. Tempat orang menjual kuih dan kopi, tempat jiran-jiran berselisih bahu sambil bertegur sapa, tempat suara masyarakat hidup dalam sempit yang mesra. Bagi warga Alor Setar yang membesar pada tahun 70-an dan 80-an, lorong itu bukan sekadar laluan. Ia sebahagian daripada kenangan. Sebahagian daripada nadi bandar.

Hari ini, lorong itu kembali bersuara. Tetapi bukan dengan suara manusia.

Kali ini, dindingnya yang berbicara. Dalam warna-warna yang menghidupkan kembali semangat yang makin lama makin pudar. Semangat tanggungjawab terhadap keselamatan negara.

𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤

Program “Lawanseni Kanvas Keselamatan Negara 2025” anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar dan sokongan penaja utama Petron bukan sekadar pertandingan seni. Ia adalah satu bentuk peringatan. Peringatan bahawa keselamatan bukan hanya urusan orang dewasa di meja rundingan tetapi sesuatu yang boleh dibicarakan oleh anak muda. Dengan berus dan cat.

Mural-mural ini bukan hiasan kosong. Setiap lukisan menyampaikan mesej. Ada yang melakar keberanian. Ada yang menggambarkan perpaduan. Ada yang menjeritkan harapan dalam diam. Semuanya membawa satu suara. Kami juga peduli.

Dan bila suara itu lahir dari pelajar sekolah yang sepatutnya hanya sibuk dengan peperiksaan dan TikTok, kita tahu masih belum terlambat untuk menanam rasa memiliki.

𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚

Program ini berakar pada gagasan besar yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN 2021–2025) bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab semua. Bukan lagi hanya polis dan tentera, tetapi termasuk guru, pelajar, peniaga, pentadbir dan sesiapa sahaja yang memijak tanah Malaysia.

Dengan melibatkan pelajar dari seluruh Kedah, pertandingan ini membuka ruang kepada generasi muda untuk menyatakan isi hati mereka. Bukan dengan laungan tetapi dengan lukisan. Bukan dengan kritikan tetapi dengan rasa sayang.

Dan mungkin, dalam dunia yang makin bising dengan kata-kata, seni itu lebih didengari.

𝐃𝐢𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢

Apa yang menjadikan program ini lebih istimewa adalah lokasinya. Lorong Selamat, Alor Setar. Lorong nostalgia ini yang dulunya disukai kerana suasana kampung di tengah bandar kini menjadi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025.

Dinding-dinding yang dulunya kosong kini menjadi ruang yang menyimpan cerita. Ia bukan sekadar latar untuk swafoto. Ia adalah wajah baru semangat patriotisme dalam bentuk yang lebih senyap, lebih halus tetapi tetap kuat.

𝟏𝟖 𝐎𝐠𝐨𝐬: 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

Majlis penutup program ini dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2025, namun mesej yang tertanam di dinding-dinding mural akan terus hidup dan menatap wajah kita setiap kali kita melintasi lorong itu. Ia akan terus mengingatkan kita bahawa negara ini takkan pernah selamat hanya kerana kita rasa selamat. Ia hanya selamat bila kita memilih untuk menjaganya.

Dan kadang-kadang, kita tidak perlu berdiri atas pentas untuk menunjukkan patriotisme.

Cukup sekadar menunduk, memandang dinding dan mengerti maksud di sebalik setiap warna yang dilukis dengan rasa cinta.

Disediakan oleh:

Che Nur Syafiqkah

The post 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 appeared first on Laman Web MKN.

BAHAYA SAMSENG JALANAN
Samseng jalanan merujuk kepada individu atau kumpulan yang terlibat di dalam perilaku yang tidak patuh kepada undang-undang atau perilaku agresif di jalan raya. Mereka seringkali melibatkan diri dalam pelbagai tingkah laku berisiko tinggi yang boleh membahayakan keselamatan pemandu lain, pengguna jalan raya atau masyarakat secara keseluruhannya.

Bahaya samseng jalanan merangkumi pelbagai aspek negatif yang boleh memberi kesan serius kepada masyarakat termasuklah;

Keganasan dan ancaman keselamatan : Samseng jalanan sering terlibat dalam kegiatan yang membahayakan sehingga boleh mencederakan individu lain dengan ancaman secara mental mahupun fizikal. Hal ini boleh menimbulkan perasaan takut kepada komuniti khususnya pengguna jalan raya yang lebih berusia mahupun dalam kalangan wanita.

Salahguna dadah dan aktiviti jenayah lain : Tidak dinafikan, terdapat kes kemalangan melibatkan samseng jalanan berpunca daripada kesan pengalahgunaan dadah. Samseng jalanan yang berada di bawah pengaruh dadah mudah bertindak balas secara agresif kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kesan Psikologi dan Emosi : Tindakan samseng jalanan boleh memberi kesan kepada tahap psikologi dan emosi individu yang diganggu. Ia boleh menimbulkan perasaan takut yang berpanjangan, kebimbangan dan tekanan mental sehingga boleh menjejaskan kemampuan pengguna jalan raya lain ketika berada di atas jalan raya. Hal ini boleh mengakibatkan bahaya dalam jangka masa panjang.

Melihat kepada tren samseng jalanan yang kini semakin membarah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar telah melaksanakan OP Samseng Jalanan di sekitar pusat bandar Alor Setar pada 8 Disember lepas. Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 16 buah daripada 137 motosikal dikenakan tindakan sita. Operasi yang dijalankan oleh 10 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar itu telah bermula jam 12.00 tengahmalam dan berakhir sekitar 6.00 pagi.

Pemeriksaan mengejut ke atas kumpulan remaja bermotosikal sekitar Dataran Starwalk dan Dataran Sungai Raja ekoran terkesan aktiviti kumpulan remaja bermotosikal yang menjadikan pusat bandar ini sebagai lokasi untuk menayangkan aksi bahaya mereka. Sementara itu sebanyak 95 keping saman Pol 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala 16 motosikal yang disita adalah kerana atas kesalahan ubahsuai yang melampau sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Artikel: Puan Sharida Shafie

Rujukan: OP SAMSENG JALANAN

The post BAHAYA SAMSENG JALANAN appeared first on Laman Web MKN.

SUMBANG MAHRAM: ANCAMAN SERIUS INSTITUSI KEKELUARGAAN
Kejadian sumbang mahram yang semakin meningkat di kalangan remaja boleh memberi impak negatif kepada pelbagai aspek kehidupan mereka. Antara kesan besar yang berlaku adalah impak psikologi. Remaja yang terlibat dalam hubungan sumbang mahram mungkin mengalami tekanan emosi, perasaan cemas dan tekanan perasaan akibat konflik pertembungan nilai-nilai peribadi dan sosial.

Perlakuan sumbang mahram menyebabkan ketidakstabilan emosi, termasuk kemurungan, kekecewaan, atau kebimbangan. Kesannya mungkin meresap ke dalam perhubungan keluarga, menyebabkan ketegangan dan konflik di antara ahli keluarga yang akhirnya akan memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.

Risiko kesan sumbang mahram juga termasuk risiko kesihatan reproduktif seperti kehamilan luar nikah yang boleh memberikan cabaran besar kepada remaja dan keluarga. Hubungan sumbang mahram sering berakhir dengan perpecahan dan kerosakan besar kepada psikologi remaja terlibat.

Remaja yang terlibat dalam hubungan sumbang mahram mungkin mengalami perasaan hilang kepercayaan diri dan identiti diri, terutamanya jika hubungan tersebut dihebahkan di kalangan masyarakat. Malah, tidak mustahil kejadian sumbang mahram berlaku akibat paksaan dan elemen jenayah oleh ahli keluarga yang lebih berusia.

Kesan hubungan sumbang mahram merupakan kesan yang berterusan dalam jangka panjang dan sangat mempengaruhi perkembangan sosial, emosi, dan psikologi remaja hingga ke alam dewasa.

Sokongan keluarga, masyarakat, dan institusi pendidikan amat penting dalam membantu remaja menghadapi cabaran-cabaran ini dan membina kehidupan yang sihat dan positif. Ini selari dengan Teras Keselamatan ke 6 iaitu Keadilan Sosial yang melihat kepada isu pemeliharaan fabrik sosial dan tingkah laku sosio-budaya di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Artikel: Puan Roshila Noor Abdul Ghani

Sumber: SUMBANG MAHRAM: ANCAMAN SERIUS INSTITUSI KEKELUARGAAN

The post SUMBANG MAHRAM: ANCAMAN SERIUS INSTITUSI KEKELUARGAAN appeared first on Laman Web MKN.

MAHASISWA KPTM ALOR SETAR CIPTA REKOD TULIS ESEI DALAM AIR
Ahmad Fudhail menulis esei pada kedalaman 5 meter dan berjaya mencatatkan namanya dalam Malaysia Book of Record

Seorang pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menulis esei 350 perkataan sambil menyelam sedalam lima meter selama lebih 90 minit.

Ahmad Fudhail Ahmad Kenedi, 20, melakukan cabaran itu di kolam renang Pusat Akuatik Kedah di Alor Setar sambil disaksikan puluhan pensyarah dan pelajar KPTM.

Menurut pelajar semester enam Diploma Pengurusan Pejabat itu, inisiatif tersebut adalah untuk mencipta kreativiti dalam bidang selaman bagi menggalakkan golongan muda menceburinya.

Beliau pada mulanya bercadang melakukan cabaran itu di laut namun atas faktor keselamatan dan cuaca, beliau melakukannya di pusat akuatik berkenaan.

Jelas Ahmad Fudhail, selaman pada 20 hingga 30 minit pertama berjalan lancar namun mula kesejukan selepas itu dan berdepan kesukaran menulis sambil mengimbangi posisi badan dalam air.

Beliau bersyukur kerana berjaya mengatasi cabaran itu dan menyiapkan esei bertajuk ‘Kepentingan Pembangunan Personaliti Kepada Bakal Graduan’ dalam tempoh satu jam 34 minit dengan menggunakan pen dan buku kalis air.

KPTM & Noraini Ahmad/BERNAMA

Berita penuh: MAHASISWA KPTM ALOR SETAR CIPTA REKOD TULIS ESEI DALAM AIR

The post MAHASISWA KPTM ALOR SETAR CIPTA REKOD TULIS ESEI DALAM AIR appeared first on Laman Web MKN.

KERAJAAN NEGERI KESAL KONSERT HARAM, CEMAR NAMA KEDAH
Kerajaan negeri kesal konsert ‘haram’ yang diadakan di perkarangan Balai Seni, Alor Setar itu mencemarkan nama negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigediar Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad berkata, beliau difahamkan kelulusan hanya diberi melibatkan busking dan jualan trak makanan sahaja.

“Program itu bermula awal pagi dengan tentatif yang disusun oleh penganjur ketika itu semua nampak okay… ada jualan dan sebagainya, tapi di penghujung program ada konsert pula.

“Pengisian yang macam itu amat-amat tidak wajar dan mencemarkan nama baik kita. (Negeri) kita tercalar dengan acara begini. Saya merakamkan kekesalan dengan apa yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video yang tular hari ini memaparkan aksi anak muda yang sedang melompat dan menari di dataran tersebut.

“Saya berharap pihak penganjuran supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memantau program yang dilaksanakan.

“Dataran tersebut sepatutnya dianjurkan aktiviti yang bermanfaat, bukannya konsert begini yang melalaikan,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, menjelaskan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada pihak penganjur untuk mengadakan konsert dalam tentatif program itu.

“Lesen hiburan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Kota Setar. Pihak saya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini, termasuk memanggil penganjur untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

The post KERAJAAN NEGERI KESAL KONSERT HARAM, CEMAR NAMA KEDAH appeared first on Laman Web MKN.