Borang eCeramah

cpadmin
No Tajuk Ceramah Deskripsi Ringkas
1 MALAYSIA BAHARU Polisi Kerajaan dalam bidang Politik , Ekonomi, Sosial, Media , Keadilan Undang-Undang dan MA63 untuk menjadikan Malaysia kembali digeruni di peringkat Dunia serta rakyat dapat menikmati kemakmuran negara
2 PENGURUSAN KESELAMATAN NEGARA Menjelaskan isu isu keselamatan negara serta tanggungjawab MKN dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan negara dapat diuruskan dengan baik melalui arahan-arahan MKN, DKN, dan Akta MKN
3 MEDIA SOSIAL DAN KESELAMATAN NEGARA Menjelaskan bagaimana rakyat perlu menguruskan media sosial dengan baik supaya tidak menyebar berita palsu dan fitnah serta bagaimana untuk mengesan unsur-unsur –unsur berita palsu, bagaimana pengganas merekrut pengikut mengunakan media sosial
4 ANCAMAN KESELAMATAN SIBER Menerangkan berhubung ancaman keselamatan siber termasuk insiden-insiden yang menarik perhatian yang berlaku di Malaysia dan peringkat global.
5 10 LANGKAH MUDAH KESEDARAN KESELAMATAN SIBER Menerangkan berhubung kandungan program kesedaran keselamatan siber terhadap agensi kerajaan. Program kesedaran ini menggariskan 10 langkah mudah kesedaran keselamatan siber yang perlu diambil oleh individu di kalangan penjawat awam. Kandungan ini juga sesuai kepada individu-individu selain penjawat awam kerana ia dibangunkan kepada amalan terbaik bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa ancaman siber.
6 PANDUAN KEIBUBAPAAN SIBER Menerangkan berhubung kandungan Buku Panduan Keibubapaan Siber yang dikeluarkan oleh NACSA dengan kerjasama beberapa agensi terlibat. Buku ini berkisar kepada langkah kawalan yang perlu untuk ibu bapa ambil dalam mengawal penggunaan teknologi digital dan internet oleh kanak-kanak.
7 PENGURUSAN KESELAMATAN SIBER NEGARA Menerangkan berhubung dasar dan mekanisme pengurusan keselamatan siber di Malaysia.

Pengenalan
eCeramah MKN disediakan kepada orang awam/jabatan/kementerian/swasta bagi memudahkan proses permohonan penceramah daripada pihak MKN. Dengan adanya eCeramah ini, segala proses permohonan penceramah dapat dilakukan secara diatas talian dan segala bentuk komunikasi dan semakan dilakukan melalui emel.

Panduan Bagi Permohonan Penceramah

i. Pemohon adalah terdiri daripada kementerian-kementerian,jabatan kerajaan, sekolah/ universiti, syarikat/swasta, persatuan/ngo dan orang awam. ii. Setiap permohonan perlu dan sudah mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan/Pengarah/Pengurus/Penyelia masing-masing mengenai ceramah yang akan diadakan. iii. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh cadangan. iv. Pemohon boleh mencadangkan tajuk ceramah sendiri sekiranya dirasakan bersesuaian dan tiada di dalam senarai cadangan eCeramah.

Artikel/Berita Terkini

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut

“𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦..?”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Dalam suasana …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗗𝗔𝗥

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut