π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Bahagian Keselamatan Parlimen Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Swettenham Pier Cruise Terminal, Pelabuhan Pulau Pinang. Seramai 34 orang delegasi dari bahagian tersebut turut serta dalam lawatan ini, yang bertujuan untuk sesi pembelajaran dan perkongsian maklumat berkaitan aspek keselamatan serta operasi di Pelabuhan Pulau Pinang.

Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk melihat dengan lebih dekat dan terperinci operasi pengendalian mesin pengimbas bagasi yang digunakan di Swettenham Cruise Terminal. Selain itu, delegasi turut menerima taklimat operasi pelabuhan daripada pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang serta Penang Port Sdn Bhd, yang menunjukkan komitmen bersama dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi pelabuhan. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari, dengan semua aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur.

 

Sumber : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/SuruhanjayaPelabuhanPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

SESI LIBAT URUS MKN MELAKA BERSAMA PERSATUAN NELAYAN KAWASAN JASIN

Jasin – Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka (MKN Melaka) telah mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Nelayan Kawasan Jasin dengan …
Maklumat Lanjut

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Keselamatan …
Maklumat Lanjut