PERSIJILAN HALAL BERI NILAI TAMBAH KEPADA PERUSAHAAN PMKS

ALBUM: Ewon (tengah) merakamkan gambar kenangan di majlis itu.

SANDAKAN: Usahawan-usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) digesa mendapatkan persijilan halal ke atas produk dan perkhidmatan masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, persijilan halal boleh memberi nilai tambah kepada perusahaan PMKS terutama bagi menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

“Usahawan-usahawan yang memiliki sijil halal ke atas produk atau perkhidmatan mereka mempunyai kelebihan dalam pasaran. Ini termasuk pasaran antarabangsa kerana sijil halal yang dikeluarkan di Malaysia diiktiraf oleh pasaran antarabangsa.

“Malah, KUSKOP bersama-sama dengan agensi-agensi seperti PERNAS, SME Corp dan SME Bank juga membawa usahawan-usahawan tempatan ke ekspo antarabangsa dengan kelebihan kepada mereka yang memiliki persijilan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Halal Success Program anjuran KUSKOP dan PERNAS, di Kolej Komuniti Sandakan, di sini hari ini.

Ewon turut menyatakan bahawa KUSKOP juga menyediakan geran pembangunan usahawan industri halal.

“Halal Success Program yang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan memperkasa kesedaran persijilan halal serta pembangunan produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan yang disijil-halalkan.

“Saya berharap usahawan-usahawan Sabah tidak ketinggalan daripada mendapat manfaat melalui program ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut