KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja asing dalam kontena tanpa kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan, kesalahan itu terbongkar dalam satu operasi bersepadu Ops Plastik yang dijalankan baru-baru ini melibatkan 54 anggota penguat kuasa pelbagai agensi.

Beliau yang mengetuai operasi itu berkata, serbuan dilakukan susulan aduan awam berhubung keadaan penginapan pekerja. Pemeriksaan mendapati seramai 73 pekerja asing terdiri 17 warga Nepal dan 56 warga Bangladesh ditempatkan di dalam 16 buah kontena di kawasan kilang tanpa sebarang perakuan daripada JTKNS.

Selain itu, keadaan persekitaran kilang juga didapati tidak bersih dan tidak selamat termasuk pencemaran udara serta tahap kebisingan melampau.

Majikan telah mengakui kelemahan tersebut dan berjanji untuk memindahkan pekerja ke penginapan berdaftar dalam tempoh tiga hari selain menghadiri Kursus Ceramah Perburuhan. Selain itu, beberapa tindakan undang-undang turut dikenakan hasil operasi tersebut termasuk JTKNS membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 24D Akta 446.

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pula mengeluarkan kompaun RM500 dan arahan penutupan penginapan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sementara Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengeluarkan kompaun atas pembiakan nyamuk di kawasan kilang manakala Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akan menjalankan penukaran meter air rosak.

Operasi sama akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan pekerja sama ada tempatan atau asing terus terpelihara. Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk memperkukuh kesejahteraan tenaga kerja asing dan tempatan demi mewujudkan ekosistem pekerjaan yang adil dan mampan.

Penginapan yang tidak berperakuan bukan hanya melanggar undang-undang tetapi melanggar prinsip kemanusiaan serta wajar dikenakan tindakan yang tegas demi mewujudkan ekosistem ekonomi yang mampan di Negeri Sembilan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS MKN MELAKA BERSAMA PERSATUAN NELAYAN KAWASAN JASIN

Jasin – Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka (MKN Melaka) telah mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Nelayan Kawasan Jasin dengan …
Maklumat Lanjut

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Keselamatan …
Maklumat Lanjut