DPN 2.0 AKAN DIMUKTAMADKAN MENERUSI ASPIRASI ANAK MUDA

ALBUM: Armizan bersama tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan bersama pada majlis itu.

PENAMPANG: Hasil daripada syor dan aspirasi anak muda melalui program Festival Kepenggunaan 2025 (CONFEST 2025) akan dijadikan antara input dalam memuktamadkan penggubalan Dasar Pengguna Negara (DPN) 2.0.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,  sejajar dengan aspirasi menyemarakkan kesedaran dan aktivisme konsumerisme, pihaknya dalam fasa akhir memuktamadkan DPN 2.0.

“DPN 2.0  akan menjadi rujukan utama kepada semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan inisiatif dan aktiviti yang berkaitan dengan kepenggunaan di negara ini.

“DPN 2.0 akan memperincikan peranan dan tanggungjawab setiap pemegang taruh, sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan pengguna,” katanya semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Festival Pengguna (Confest 2025), di sini hari ini.

Beliau berkata, hubungan antara pelbagai pemegang taruh ini penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan undang-undang perlindungan pengguna serta penyampaian maklumat yang tepat dan menyeluruh ke arah pembentukan pengguna Malaysia yang berdaya upaya.

Katanya, DPN 2.0 dirangka untuk memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks dalam ekosistem kepenggunaan.

“Antara cabaran utama termasuklah kelonggaran dalam aspek kawal selia dan penguatkuasaan, tahap celik pengguna yang rendah sehingga terdedah kepada eksploitasi, penggunaan produk yang tidak mematuhi standard keselamatan atau tidak mesra alam, penipuan dalam transaksi pembelian serta penyalahgunaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI).

“DPN 2.0 turut memberi penekanan kepada isu kos sara hidup rakyat melalui pendekatan dasar yang inklusif dan responsif,” katanya.

Armizan berkata, antara inisiatif yang sedang dilaksanakan termasuklah pelaksanaan Program Payung Rahmah MADANI, peluasan penggunaan Portal Ihsan MADANI sebagai rujukan maklumat harga dan barangan keperluan serta penggunaan indikator kos sara hidup sebagai panduan perbelanjaan pengguna.

Oleh itu katanya, DPN 2.0 perlu digerakkan dengan melibatkan partisipasi pelbagai pemegang taruh termasuk masyarakat awam.

“Bertepatan dengan matlamat ini, antara langkah yang diambil adalah dengan melancarkan logo Skuad Kita Pengguna (SKiP).

“Skuad ini merupakan salah satu strategi KPDN dalam mendapatkan penglibatan orang ramai, sejajar dengan inisiatif KITA GEMPUR.

“Ahli SKiP merupakan rakan strategik KPDN dalam menggerakkan advokasi kepenggunaan di seluruh negara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut