SABAH JADI TUAN RUMAH ACARA BERTARAF ANTARABANGSA

ALBUM: Christina, Chong bersama rombongan berkenaan merakamkan gambar bersama.

KOTA KINABALU: Sabah akan menjadi tuan rumah selama dua hari kepada acara Zhineng Qigong Mastery Boot Camp sempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 Pertubuhan Hwaxia Zhineng Qigong Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, acara bertaraf antarabangsa itu akan berlangsung pada 30 Ogos sehingga 31 Ogos 2025.

Katanya, acara itu sekali gus memberikan peluang kepada pengunjung kali pertama ke sini untuk menikmati suasana keindahan serta keunikan negeri ini.

“Saya difahamkan seramai 300 peserta akan menyertai acara itu dari Singapura, China dan negara ini.

“Mereka adalah pengunjung kali pertama ke Sabah,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada rombongan persatuan berkenaan yang diketuai Β Penasihat Persatuan Datuk Wong Poh Loon @ Teo pada Khamis.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan, Chong Yun Ming turut menjemput Christina untuk merasmikan Majlis Makan Malam sambutan ulang tahun ke-30 persatuan berkenaan yang akan diadakan pada 29 Ogos di sini.

Chong berkata, acara yang diadakan membawakan manfaat besar khususnya dari segi memperkenalkan kepelbagaian budaya, keharmonian masyarakat dan tarikan semula jadi Sabah, selain mempromosi negeri ini sebagai destinasi pelancongan.

Β 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Β 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ ππ„ππ†π”π€π“πŠπ”π€π’π€π€π πŠππƒπ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut