𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—žπ—˜π—‘π——π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π——π—”π—šπ—”π—‘π—šπ—”π—‘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas kenderaan perdagangan dengan sasaran Kenderaan Perkhidmatan Barangan ( KPB ) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam ( KPA ).

Sebanyak 5 buah kenderaan barangan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) APAD 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. Kesalahan lain dikesan tiada lesen GDL, membawa muatan secara merbahaya serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Kesalahan KPA dikesan tidak pakai talipinggang keledar ( penumpang ), tiada pemandu kedua perjalanan melebihi 300 km atau melebihi 4 jam berterusan ( bas ekspres dan persiaran ), tidak kemaskini buku log pemandu dan kesalahan teknikal tidak selenggara kenderaan dengan baik.

Penguatkuasaan secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan kadar kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan dapat dikurangkan serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalanraya.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

𝗧𝗔π—ͺ𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—žπ—’π— π—£π—”π—¨π—‘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Dimaklumkan bahawa …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—£π—”π——π—¨

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Penguatkuasaan ini …
Maklumat Lanjut