𝗧𝗔π—ͺ𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—žπ—’π— π—£π—”π—¨π—‘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang menawarkan pengurangan kompaun khas sehingga KADAR 1 sempena Sambutan Hari Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 17 hingga 20 Julai 2025 bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.
Pengurangan hanya akan diberikan secara β€œwalk in” di reruai MBPP semasa program berlangsung. Sehubungan itu, orang ramai dijemput bersama-sama memeriahkan sambutan minggu perpaduan 2025 dan mengambil peluang keemasan ini untuk menyelesaikan tunggakan kompaun.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang