DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Satu operasi penguatkuasaan berskala besar telah berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terhadap sebuah kandang ternakan haram yang beroperasi secara tidak sah di atas tanah bersebelahan rizab Sungai Junjung, kawasan Perindustrian Bukit Minyak, SPT di belakang salah sebuah kilang. Hasil risikan, tinjauan dan maklumat awam, Jabatan menemukan sebuah kandang haram yang dikendalikan beberapa individu bukan warganegara.
Operasi yang bermula pada jam 11.00 pagi itu menyaksikan rampasan sebanyak 42 ekor lembu daripada kandang yang dikendalikan oleh warga asing tanpa sebarang kelulusan atau lesen yang sah. Tindakan tegas ini diambil setelah aduan orang awam diterima serta hasil siasatan mendapati aktiviti tersebut telah mencemarkan alam sekitar dan menggugat kesihatan awam.
Kesemua lembu yang dirampas telah dipindahkan dan ditempatkan di kandang milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan proses pemantauan seterusnya.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg