BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada proses undang-undang.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pihaknya menghormati undang-undang, dan akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya.

“Kerajaan negeri GRS tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan dan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemimpin kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi, yang didakwa atas pertuduhan rasuah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga, hari ini.

Mengenai kedudukan mereka dalam kerajaan semasa, Ketua Menteri berkata, beliau akan meneliti perkara itu dengan sebaiknya selepas menerima semua maklumat dan laporan yang berkaitan.

Hajiji berkata, kerajaan negeri GRS komited untuk memastikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Andi, yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan serta Dr Yusof yang merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, dituduh menerima wang daripada seorang individu bernama Datuk Tei Jeinn Cheing sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan lesen mencarigali mineral bagi dua syarikat milik rakan niaga Tei.

Tei turut didakwa di mahkamah sama atas kesalahan memberi rasuah.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut

5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan …
Maklumat Lanjut

LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam. KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke …
Maklumat Lanjut