DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi Stesen Penguatkuasa Valdor JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan. Penguatkuasaan ini diadakan bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010.
Sebanyak 19 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959 dan 1 buah kenderaan tidak hadir timbang dikenakan tindakan kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang