DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan, boleh mengundang bahaya seperti kemalangan dan pelbagai masalah kepada pengguna jalan raya:
1) Kerosakan jalan raya atau berlubang, boleh membahayakan pengguna jalan raya lain terutamanya ketika waktu hujan atau cuaca gelap.
2) Lori tidak stabil dan mudah terbalik, terutama semasa membelok atau melalui jalan tidak rata.
3) Barangan dibawa mudah terjatuh dan terkena pengguna jalan raya yang lain terutama yang berada berdekatan atau dibelakang kenderaan tersebut.
Sebanyak 7 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV(C& U)1959.
Sumber : JPJ negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang