LELAKI DISYAKI BUNUH WANITA DI LADANG SAWIT KUNAK DITAHAN

AZMI

KUNAK: Seorang lelaki warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Tingkayu, di sini, Jumaat lalu.

Mayat wanita warga Filipina berusia lingkungan 40-an itu ditemui orang awam dengan kesan tetakan di bahagian tubuhnya kira-kira jam 10.26 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Datuk Azmi Abdul Rahim, berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan mayat terbabit.

Katanya, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak bersama pasukan Siasatan Khas (D9), JSJ Kontinjen Sabah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Susulan maklumat yang diperoleh, pasukan serbuan berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 51 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Kunak pada jam 11.30 pagi, Sabtu lalu.

“Ketika serbuan dijalankan, suspek sedang melakukan kerja di ladang berkenaan dan cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun berjaya diberkas selepas berlaku sedikit pergelutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut menyembunyikan sebilah parang dan pakaian yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Semua barangan terbabit dirampas untuk membantu siasatan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti motif pembunuhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jom ke …
Maklumat Lanjut

LELAKI DISYAKI BUNUH WANITA DI LADANG SAWIT KUNAK DITAHAN

AZMI KUNAK: Seorang lelaki warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita di sebuah ladang kelapa …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI WUJUDKAN MAJLIS EKONOMI BIRU SABAH

ALBUM: Hajiji bergambar bersama Ahli MEBS selepas mempengerusikan mesyuarat itu. KOTA KINABALU: Sabah melakar satu lagi langkah penting dalam agenda …
Maklumat Lanjut