π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—”π—§π—žπ—¨π—”π—¦π—”π—”π—‘ π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—”π—‘ π—§π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang melalui laluan terhad di Jalan Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan semua kenderaan perdagangan mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Sebanyak 18 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan perdagangan yang melalui jalan terhad (larangan BTM 7,500 kg keatas). Penguatkuasaan ini akan diadakan secara berterusan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan ini tidak mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa serta memastikan kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalanraya terjamin selamat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut